Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Alamak! Dah Lambat Ni,...

RAMADAN yang baru tiba pasti ada sesetengah di antara kita agak sukar untuk...

Eddy Chen Dilantik Pengerusi...

KUALA LUMPUR – Tan Sri Eddy Chen dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia...

Wanita Bersama Bayi 7...

SEORANG ibu berusia 33 tahun bersama bayi perempuan tujuh bulan ditemui mati di...

Video: Wahai Driver Teksi,...

MUNGKIN ramai dari kalangan pemandu teksi konvensional tidak setuju dengan video disiarkan ini namun...

20 Wartawan, Petugas Media Maut Di Afghanistan 2017

KABUL – Seramai 20 wartawan dan petugas media maut dalam keganasan di Afghanistan pada 2017, kata Jawatankuasa Keselamatan Wartawan Afghanistan (AJSC) pada Rabu.

Dalam sejarah Afghanistan, tahun lepas disifatkan sebagai paling dahsyat kepada wartawan dan media, dengan insiden keganasan terhadap petugas meningkat 67 peratus berbanding 2016, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan AJSC di laman webnya.

Menurut kenyataan itu, AJSC merekodkan 169 insiden keganasan dan pelbagai ugutan termasuk akan dibunuh, dipukul dan ditahan selain diancam dengan serangan secara lisan.

“Seramai 20 wartawan terbunuh disebabkan oleh kumpulan Taliban dan Daesh.

“Peningkatan mendadak keganasan terhadap wartawan dan pekerja media di Afghanistan sangat membimbangkan kami dan komuniti media secara keseluruhan,” kata ketua AJSC, Najib Sharifi.


Justeru beliau berkata, jawatankuasa sokongan media menyeru semua pihak yang berperang termasuk Taliban dan Daesh tidak menyerang wartawan dan pekerja media.

Pada 2016, sekurang-kurangnya 13 wartawan dilaporkan terbunuh. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

Kategori