Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Khairul Hafiz Masih Bergelut...

KUALA LUMPUR – Jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan berkata beliau gagal...

Mayat Lelaki Dengan Kesan...

KINABATANGAN - Mayat seorang lelaki ditemukan dengan tiga kesan tetakan di tepi Jalan...

Paip Air Tandak Penduduk...

GUA MUSANG : Lebih 200 pemilik kebun sekitar Tanah Tinggi Lojing di sini,...

PM Kota Janji Bawa...

SEPANG - Datuk Seri Najib telah menunaikan janjinya untuk membawa pulang sembilan rakyat...

2,400 Pemandu Teksi, Uber & Grab Carum Perkeso

IPOH – Sejumlah 2,400 pemandu teksi termasuk Uber dan Grab di seluruh negara telah berdaftar di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang disediakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak ia diperkenalkan pada 1 Jun tahun lalu.

Pengurus Besar Bahagian Skim Perkhidmatan Pekerjaan Sendiri Perkeso Ismail Abi Hashim berkata bagaimanapun jumlah itu masih jauh berkurangan berbanding kira-kira 100,000 pemandu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Katanya, di Perak sahaja, terdapat 1,900 pemandu yang berdaftar dan hanya 309 pemandu yang menyertai skim tersebut. “Kita sedang berusaha untuk memastikan semua pemandu teksi termasuk Uber dan Grab yang berdaftar untuk menyertai skim ini kerana kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa akan datang kerana skim ini merupakan perlindungan kepada pencarum dan tanggungan.

“Oleh itu, kita akan bekerjasama dengan SPAD, kerajaan negeri serta persatuan teksi di seluruh negara untuk memberi kesedaran kepada pemandu supaya menyertai skim ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Cek Faedah Hilang Upaya Sementara bernilai RM1,850 kepada pemandu teksi Mohamad Helmi Hashim, 46, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 9 Dis tahun lalu.


Cek itu diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi dan Kampung Baru negeri Datuk Dr Mah Hang Soon di kediaman Mohamad Helmi di Chemor dekat sini hari ini.

“Caruman minimum dengan Perkeso bermula RM157 sehingga RM400 mengikut pelaksanaan gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan dan ia terpulang kepada pemandu untuk memilih caruman berdasarkan kemampuan dan kemahuan mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori