Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SPRM Akan Maklumkan Tarikh...

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkembangan siasatan isu...

Mayat Ditemui Terbakar: 3...

KAJANG : Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas...

Segera Ke Fasiliti Kesihatan...

PUTRAJAYA - Individu yang mempunyai gejala cacar monyet digesa segera ke fasiliti kesihatan...

Amanat Jelas Perpaduan, Prasyarat...

KUALA LUMPU - Ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan...

2,408 Pelajar Raih Mumtaz Sijil Menengah Ugama

KOTA BHARU – Seramai 2,408 daripada 6,223 calon peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) Yayasan Islam Kelantan (YIK) 2017 memperoleh pangkat Mumtaz berbanding 2,358 calon yang mendapat pangkat sama tahun lepas.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan Datuk Muhamad Awang berkata keseluruhan keputusan SMU 2017 meningkat 00.63 peratus kepada 91.27 peratus berbanding 91.24 peratus pada 2016.

“Sebanyak 27 sekolah di bawah YIK mencapai kelulusan 100 peratus tahun ini dengan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah di tempat pertama diikuti Maahad Muhammadi Perempuan di sini dan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong, Machang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SMU, Sijil Menengah Tahfiz Quran (SMTQ) dan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP) di sini hari ini.

Sementara itu, Muhamad berkata keputusan SMTQ tahun ini juga mencatat pencapaian 100 peratus apabila semua 114 calon lulus tiga mata pelajaran khusus yang diduduki iaitu Al Quran, Hifzul Mutun dan Qiraat.

“Peratus kelulusan STUP turut meningkat 26.69 peratus kepada 81.82 peratus berbanding 55.13 peratus tahun lepas,” katanya.

Dalam pada itu, pelajar Maahad Muhammadi Perempuan terus mengekalkan kecemerlangan apabila Sofea Hana Zafrullah muncul pelajar terbaik SMU yang mendapat 10 Mumtaz tertinggi.


Bagi Sofea Hana tiada rahsia tertentu yang membolehkannya meraih kecemerlangan tersebut melainkan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah.

Anak sulung daripada tiga beradik yang berasal dari Taiping, Perak itu berkata beliau selalu mengamalkan solat tahajud dan solat hajat selain memberi fokus ketika mengikuti pembelajaran dalam kelas.

Sementara itu, pelajar terbaik SMTQ, Nurul Iman Raehamiizwan George dari Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah apabila turut mendapat 10 Mumtaz.

Nurul Iman yang menghafaz 30 juzuk al-Quran sejak Tingkatan Tiga, berkata beliau sentiasa mencari ruang untuk membaca al-Quran setiap masa.

“Semakin banyak kita membaca al-Quran semakin Allah memberi kemudahan untuk kita menjawab soalan peperiksaan selain memperbanyakkan doa dan usaha,” katanya. – BERNAMA

Kategori