Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Padah Berani Sangat.. Gadis...

KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang remaja perempuan berjumpa dengan kenalan lelaki yang...

PM Laos Diberi Sambutan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Laos, Dr. Thongloun Sisoulith diberi sambutan rasmi di Perdana...

Tokan Dadah Sembur Serbuk...

SIK - Gara-gara ingin melarikan diri daripada ditahan dalam operasi jihad dadah, seorang...

GLC Perlu Amal Tadbir...

KOTA KINABALU - Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah perlu terus mengamalkan sistem...

3 Individu Direman 6 Hari Kes Kehilangan Kabel TM

SEREMBAN – Tiga individu direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan kabel milik Telekom Malaysia (TM) sejak dua tahun lepas.

Perintah reman itu diberikan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Nur Hayatie Mohd Saini berikutan permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan Mohd Khairi Abdul Karim, pagi ini.

Kesemua suspek yang merupakan pengarah syarikat, ahli perniagaan dan juruteknik masing-masing berumur 30 hingga 47 tahun ditahan di lokasi berbeza di negeri ini dan Johor, semalam.

Ahli perniagaan dan pengarah sebuah syarikat itu masing-masing ditahan di Bukit Intan dan pejabat SPRM negeri di Seremban pada kira-kira 11.40 pagi dan 5.30 petang manakala juruteknik terbabit ditahan SPRM Johor pada pukul 11 malam tadi.


Ketiga-tiga suspek disyaki bersubahat dengan kakitangan TM yang menerima rasuah berjumlah RM4,250 untuk membawa keluar ā€˜drop fibreā€™ berjenama Lite Kabel milik TM dan dijual di pasaran antara tahun 2016 dan Mac 2017.

Kesemua suspek hadir ke mahkamah di sini memakai baju lokap SPRM pada kira-kira 10.22 pagi menaiki kenderaan agensi itu. – BERNAMA

Kategori