Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ratu Terjun Pandalela Pertahan...

KUALA LUMPUR – Ratu terjun Malaysia Pandelela Rinong mengekalkan pingat emas acara 10m...

Polis Sambut Baik Bantu...

KUALA LUMPUR - Polis mengalu-alukan rancangan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membantu membawa...

Hospital Cari Waris Pesakit...

KUALA LUMPUR - Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)...

Jangan Ketepikan Mereka Yang...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu mereka yang menang...

3 Individu, Seorang Pegawai JPJ Selangor Ditahan

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor selepas disyaki menerima suapan daripada beberapa buah syarikat pembinaan.

Menurut sumber SPRM, suspek yang berumur 43 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Klang, kira-kira 2 petang tadi.

Suspek didakwa melakukan perbuatan tersebut ketika bekerja di Stesen Timbang JPJ Kuala Selangor pada tahun 2015.

“Selain pegawai JPJ itu, SPRM turut menahan tiga lelaki berumur 30, 41 dan 45, antara 2.30 petang dan 4.45 petang tadi, juga di pejabat SPRM Cawangan Klang,” kata sumber berkenaan.

Menurut sumber itu lagi, pegawai JPJ terbabit didakwa memperoleh wang suapan secara bulanan antara RM100 dan RM300 daripada dua buah syarikat sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kesemua suspek akan direman di Mahkamah Majistret Klang esok bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Kategori