Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Malaysia Alu-Alukan Komitmen Microsoft...

PUTRAJAYA - Malaysia mengalu-alukan komitmen jangka panjang Microsoft Corporation (Microsoft) dalam memperkasakan Ekonomi...

Tun Juhar Buat Laporan...

KOTA KINABALU - Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dipercayai telah membuat...

Kru Kapal Selam Scorpene...

KUALA LUMPUR - Kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu KD...

Kes Zahid: Ahli UMNO...

TENANG... Datuk Seri Mohamad Hasan meminta ahli UMNO agar bertenang dan ambil pendekatan...

3 Pensyarah Unimap Terpilih Latih 100 Guru Perlis

KANGAR – Tiga pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terpilih sebagai jurulatih utama bagi memberikan latihan dalam bidang sains komputer kepada 100 guru sekolah di seluruh Perlis.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, ia adalah antara program tanggungjawab sosial universiti kepada komuniti di negeri ini khasnya guru-guru.

“Program ini memberi peluang kepada UniMAP untuk berkongsi kepakaran dalam bidang sains komputer untuk manfaat warga pendidik di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya mereka yang terpilih adalah Dr Syed Zulkarnain Syed Idrus dan Dr Wan Nor Ashiqin Wan Ali dari Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) serta Dr Hasnah Ahmad dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (PPKKP) UniMAP.

Beliau berkata program itu merupakan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan UniMAP bagi mengintegrasikan modul pemikiran komputasi dan sains pengkomputeran ke dalam kurikulum sekolah.


Zul Azhar Zahid berkata menerusi program itu, UniMAP turut dipilih sebagai pusat Kursus Pengembangan Profesional berdasarkan saranan industri untuk meningkatkan kesediaan pendidik.

“Pusat itu berperanan bagi latihan program Sijil Pengajaran Sains dan Komputer untuk guru di Perlis serta meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru dalam pengajaran sains komputer.

“Selain itu, ia turut merangkumi program jangkauan berdasarkan konsep pembuat digital, pengaturcaraan dan robotik kepada pelajar sekolah selain sebagai titik rujukan untuk ‘Digital Hub’ di zon utara khususnya Perlis,” katanya. – BERNAMA

Kategori