Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Dakwa Punggungnya Lebih...

APABILA sebut sahaja nama bintang sensasi Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian, pastinya ramai...

Tertipu Lagi?

Sudah hampir dua minggu sejak Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) diadakan pada...

Warisan Nafi Bakal Tubuh...

KOTA KINABALU : Parti Warisan (Warisan) menafikan dakwaan akan bekerjasama dengan Barisan Nasional...

Kaji Pelaksanaan Saguhati Tamat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia menyarankan supaya formula terbaik dapat dikaji dan...

3 Sahabat Didakwa Edar Heroin Seberat 5.866 Kg

IPOH – Tiga sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 5.866 kilogram di Jalan Jelapang, di sini, dua minggu lepas.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan ke atas S. Devasivasharman, 21; P. P P.Muniswaran, 43; dan G. Kalaiyarasan, 46, di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 2672.0 gram dan 3194.30 gram di No 577A, Jalan Jelapang, Jelapang, di sini, pada 12.30 tengah hari, 17 Jan lepas.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1983) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistina Qamar L Abrar manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Charan Singh dan Jagdave Singh.


Mahkamah menetapkan 28 Mac untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori