Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pemimpin Dunia Zahir Kesedihan...

BANGKOK : Pemimpin dunia memberi reaksi terhadap berita tragedi pembunuhan menggunakan pisau dan...

Proton Sedia Khidmat Pemeriksaan...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd meneruskan tradisi menyediakan perkhidmatan pemeriksaan keselamatan 30...

Feng Shui LGE Sendiri...

BAGI masyarakat Tionghua, isu feng shui bukan perkara main-main waima belajar tinggi hebat...

Hadiahkan Nora Quran: ‘Moga...

GENAP seminggu sudah komposer terkenal, Johan Nawawi yang juga merupakan suami kepada penyanyi,...

31 PATI Ditahan Imigresen Di Sri Muda, Shah Alam

SHAH ALAM – Jabatan Imigresen menahan 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi di Plaza Sri Muda, Seksyen 25 di sini atas pelbagai kesalahan Imigresen.

Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Omran Omar berkata dalam operasi melibatkan 77 anggota dan pegawai, bermula pukul 6 pagi dan berakhir tiga jam kemudian, pihaknya telah memeriksa 105 warga asing sebelum menahan 18 lelaki dan 13 wanita berumur lingkungan 23 hingga 49 tahun.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 17 warga Indonesia, tujuh warga Bangladesh, tiga warga Myanmar, dua dari India dan masing-masing seorang warga Thailand dan Filipina,” katanya.

Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah, Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa serta Peraturan 39(b) Peraturan- Peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan.

Omron berkata operasi pagi tadi merupakan operasi kedua yang dilakukan pihaknya di kawasan itu dalam tempoh tiga minggu dan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras PATI di Selangor. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

Kategori