Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Yang Dibeli Untuk...

CHINA – Seorang lelaki yang membeli isterinya melalui sindiket pemerdagangan manusia, akhirnya terpaksa...

Kelak, Pelancong Malaysia Akan...

APABILA ke luar negara, anda akan diberikan pilihan untuk menggunakan perkhidmatan perayauan data...

Bom Lama Ditemui Di...

SARIKEI – Sebutir bom dipercayai tinggalan era perang dunia kedua yang masih aktif...

Budak 11 Tahun Godam...

WASHINGTON - Seorang budak lelaki 11 tahun berjaya menggodam replika laman web keputusan...

32 Masuk Ke Hospital Susulan Virus Chikungunya

MOMBASA – Sejumlah 32 orang telah dimasukkan ke beberapa hospital umum di Daerah Mombasa, Kenya selepas dijangkiti virus chikungunya.

Gabenor Daerah Mombasa, Hassan Joho pada Isnin melancarkan lima kenderaan kawalan vektor dengan mesin dan bahan kimia baharu untuk mengasapi kediaman di kawasan itu selepas penularan wabak tersebut mendatangkan ancaman kepada lebih ramai penduduk.

Kurang tiga bulan lepas, Daerah Mombasa terpaksa bergelut dengan penularan wabak kolera yang menyaksikan berpuluh-puluh orang dimasukkan ke hospital dan beberapa tempat makan di kawasan itu diarah tutup.

Jabatan kesihatan daerah itu pada Ahad mengeluarkan satu laporan berhubung penularan virus chikungunya.

Joho mengesahkan bahawa terdapat 120 kes yang disyaki dan daripada jumlah itu, 32 telah disahkan dijangkiti virus tersebut.

Beliau berkata kawasan paling terjejas ialah Changamwe dan Mvita.


Sejak virus itu disebarkan oleh nyamuk, Joho menggesa penduduk Mombasa bekerjasama rapat dengan kerajaan daerah untuk menguruskan sampah dalam usaha membasmi kawasan pembiakan nyamuk.

Beliau berkata ancaman sampah lebih banyak disumbangkan oleh pengumpul sampah swasta dan kerajaan daerah sedang berusaha menggubal undang-undang kecil yang akan menamatkan pembuangan sampah di daerah itu.

Joho juga berkata kerajaan daerah itu telah mengambil langkah secukupnya bagi menangani penularan virus chikungunya. – BERNAMA-NNN-KBC

Kategori