Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kecoh Di Twitter Guru...

PETALING JAYA - Selepas tular kisah gangguan seksual terhadap doktor pelatih di sebuah...

‘Malu Apa Ketua Pembangkangku’

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi kasihan dengan gelagat ahli...

APMM Tahan 9 Warga...

SHAH ALAM - Lapan awak-awak dan seorang tekong bot dagang warga Indonesia ditahan...

Perangi Rasuah – ‘Ibu’...

KUALA LUMPUR - Hampir setiap hari kita dikejutkan dengan satu demi satu pendedahan...

34 Mangsa Banjir Di Segamat Petang Ini

JOHOR BAHRU – Mangsa banjir di Segamat meningkat kepada 34 orang daripada sembilan keluarga setakat 6 petang ini berbanding 28 orang daripada tujuh keluarga pada 4 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Balai Raya Kampung Mensudut Lama di buka semalam dan Sekolah Kebangsaan (SK) Balai Badang dibuka 4 petang tadi.

“Seramai 28 orang daripada tujuh keluarga dari Kampung Mensudut Lama berada di balai raya kampung itu petang semalam manakala enam orang daripada dua keluarga Kampung Balai Badang berada di SK Balai Badang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa ini, keadaan cuaca di Segamat agak mendung manakala paras air Sungai Muar di Buloh Kasap, yang terletak berhampiran kedua-dua kampung berkenaan, mencatatkan bacaan 8.20 meter melebihi paras berjaga-jaga 7.92 meter pada 4 petang. – BERNAMA

Kategori