Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

3,589 Kes Baru Covid-19,...

Kementerian Kesihatan melaporkan 3,589 kes baru Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di...

Rakyat Kelantan Masih Kuat...

KUALA KRAI telah diselaputi debu tebal yang disebabkan oleh kenderaan yang bergerak melalui...

Warga Emas Maut Jatuh...

BAGAN SERAI - Seorang warga emas maut setelah terjatuh daripada basikal yang ditungganginya...

“Mom I’m Fine” Cara...

SEORANG pemuda berusia 27 tahun dari Brussels, Belgium sanggup meninggalkan bidang peragaan demi memenuhi impiannya mengembara ke seluruh...

38 Juta Pelancong Dijangka Berkunjung Ke Thailand

BANGKOK – Firma penyelidikan yang mengkhusus kepada ekonomi mikro dan makro, Kasikorn Research Center Co Ltd (KRC), menjangkakan pasaran pelancongan Thailand akan terus berkembang dengan hampir 38 juta ketibaan pelancong diunjurkan pada tahun ini, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Antara faktor yang dijangka menyumbang kepada pertumbuhan itu ialah suasana negara yang menyenangkan dan kempen pemasaran kerajaan untuk mempromosi pelancongan budaya, gastronomi serta sukan.

Sektor penerbangan akan turut menyumbang kepada sektor itu dengan kedua-dua syarikat penerbangan nasional dan antarabangsa memperluaskan laluan masing-masing selain menghubungkan wilayah pelancongan sekunder dengan lebih banyak bandar di negara-negara lain.

KRC menjangkakan ketibaan pelancong sebanyak 37.64 juta hingga to 37.99 juta ke Thailand tahun ini, menyaksikan peningkatan sebanyak 6.5 hingga 7.5 peratus berbanding tahun lepas, akan menjana pendapatan berjumlah 1.97 trilion hingga 2.01 trilion baht (US$61.65 bilion hingga US$62.89 bilion), meningkat sebanyak 8.8 hingga 10.4 peratus.

Bagaimanapun, pengusaha pelancongan perlu memantau pasaran China, yang boleh menjadi lebih kompetitif jika hubungan antara China dan Korea Selatan bertambah baik, katanya.


Bagi trend pelancongan tahun ini, KRC menggesa pengusaha pelancongan Thailand untuk menetapkan strategi dan mengambil petunjuk daripada trend dunia seperti penggunaan teknologi dan komunikasi selain mengharapkan tarikan tempatan seperti gaya hidup penduduk Thailand seperti yang dipromosikan oleh kerajaan. – BERNAMA

Kategori