Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pengerusi Hak Asasi Majlis...

KUALA LUMPUR - Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) mengutuk ancaman bunuh ke...

Nizar Dakwa PAS Pusat...

KUALA KANGSAR - Menyedari sokongan orang Melayu khasnya penyokong tegar PAS masih tidak...

‘Berjuta Rasa’ Iringi Perjalanan...

PEMERGIAN Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail, yang maut akibat dirempuh pemandu kenderaan pacuan...

Persatuan Pengguna Digesa Lebih...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

4 Cedera Parah Van Dinaiki Terbalik Di Lahad Datu

LAHAD DATU – Empat cedera parah apabila van dinaiki bersama tujuh individu lain terbabas sebelum terbalik di Kilometer 38 Ladang Sabahan, Jalan Lahad Datu-Tawau dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian 2.50 petang itu, mangsa cedera parah ialah yang tersepit dalam kenderaan berkenaan iaitu pemandu van Rozaimi Ahmad, 38; Nur Najwa Sumpurnan, 30; Laode Abdul, 50; serta Rosmah, 45.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata kejadian itu berlaku ketika van berkenaan dalam perjalanan dari Tawau ke Lahad Datu sebelum hilang kawalan di laluan selekoh dan terbabas di bahu jalan.

“Ketika itu hujan lebat dan van itu kemudian melanggar tiang telefon dan van berpusing sebanyak empat kali sebelum terbalik,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya tujuh penumpang lain termasuk seorang anggota tentera lelaki dan kanak-kanak perempuan mengalami cedera ringan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Mohd Apandi Mahmood berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.54 petang sebelum beliau bersama sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 37 km dari balai bomba.


“Orang awam turut membantu mengeluarkan beberapa orang mangsa sebelum ketibaan jentera bomba, manakala empat yang tersepit dikeluarkan bomba,” katanya.

Operasi bantuan tamat pada pukul 4.12 petang. – BERNAMA

Kategori