Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

“Gempa Di Sabah Tiada...

PEMBANTU Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi menyifatkan kejadian...

Awas 300 Juta Pengguna...

TWITTER hari ini, menggesa lebih 300 juta penggunanya untuk menukar kata laluan masing-masing...

Tentera Darat Israel Serbu...

BAITULMAQDIS: Tentera darat Israel yang beroperasi di utara Semenanjung Gaza, hari ini menyerang...

Tun M Positif Covid-19,...

PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 97, disahkan positif...

4 Maut, 5 Cedera Nahas Lima Kenderaan Di PD

PORT DICKSON – Empat maut dan lima cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Lukut-Sepang, Selangor, 2.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Zainudin Ahmad berkata empat yang maut ialah penumpang kereta jenis Honda Stream yang dipercayai warganegara Singapura manakala pemandunya cedera.

“Siasatan awal mendapati lori yang dipandu seorang lelaki dari arah Sepang itu telah melanggar sebuah motosikal sebelum terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga lagi kenderaan iaitu Honda Stream, Mercedes dan Perodua Myvi.

“Lima yang cedera ialah pemandu tiga kereta, penunggang motosikal dan pemandu lori berkenaan. Bagaimanapun identiti kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata kesemua mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan rawatan. – BERNAMA

Kategori