Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

KPT Pendekkan Tempoh Pengajian...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memendekkan tempoh pengajian sesetengah program...

Hoki Wanita Kedudukan Ke-3...

KUALA LUMPUR - Pasukan hoki wanita kebangsaan menamatkan perlawanan terakhir kumpulan A Kejohanan...

Johor Perlu Utamakan TVET...

JOHOR BAHRU - Johor perlu melakukan persediaan awal, termasuk dari segi Latihan Teknikal...

Presiden Filipina Batal Lawatan...

HANOI - Presiden Filipina Rodrigo Duterte memutuskan untuk menangguhkan lawatannya ke Jepun yang...

4 Maut Gelombang Sejuk Di Utara India

NEW DELHI – Gelombang sejuk yang melanda Uttar Pradesh di utara India telah mengorbankan empat nyawa dalam tempoh 12 jam lepas, kata seorang pegawai pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua.

“Kematian dilaporkan di daerah Muzaffarnagar dan Shamli. Sebahagian negeri bersempadan dengan ibu negara India mencatat paras suhu serendah 3.4 darjah Celsius pada malam Khamis dan awal pagi Jumaat,” kata pegawai itu.

Antara yang maut ialah seorang lelaki berusia 70 tahun dari bandar Miranpur dan seorang lagi berusia 40 tahun dari bandar Jansath.

Sejak tahun baharu, sebahagian besar utara India termasuk ibu negara dilanda cuaca sejuk melampau dan kabus tebal terutamanya pada waktu pagi. – BERNAMA

Kategori