Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kelantan Tunggu Pewartaan Fatwa...

KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan menunggu pewartaan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan...

AGC Pandang Serius Pembohongan...

KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak yang menimbulkan dan menyebarkan pembohongan dalam sebarang isu...

Gegar Vaganza: Rem Tak...

MINGGU ketiga Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) menyaksikan perjuangan Rem Cassim terhenti selepas...

Muhyiddin Rasmi Pameran Wanita...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merasmikan...

40 Orang Ditipu RM250,000 Dalam Pembelian PPR

TANJONG KARANG – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Bandar (KPKT) telah menerima aduan daripada kira-kira 40 orang membabitkan penipuan pembelian rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata penipuan berkenaan melibatkan kerugian sehingga RM250,000 dengan setiap daripada mangsa memberitahu mereka telah membeli borang permohonan rumah PPR daripada pihak ketiga pada harga antara RM5,000 hingga RM10,000.

“Mereka ini ada datang berjumpa dengan pihak KPKT untuk membuat aduan dan memberitahu individu yang menjual borang kepada mereka ini berjanji mereka akan dapat membeli rumah PPR dipohon dengan mendakwa dia mempunyai kenalan terdiri daripada orang atasan atau menggunakan nama UMNO.

“KPKT juga ada buat semakan terhadap pengadu ini dan kebanyakannya adalah tidak layak kerana tidak melepasi syarat untuk memohon dan ada nama yang tiada dalam senarai kerana borang tidak dihantar kepada KPKT,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kelestarian Warisan Alam di Kampung Sungai Sireh di sini, hari ini.

Noh menjelaskan borang program bantuan perumahan kerajaan adalah diberi percuma kepada pemohon.

“Tapisan juga dilakukan dengan ketat agar hanya mereka yang berhak sahaja mendapat bantuan yang disediakan. KPKT ada membuat pemeriksaan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri ke atas semua pemohon untuk mengetahui status kewangan mereka,” katanya.


Noh pada masa yang sama turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan harga murah dan tawaran menarik yang dijanjikan oleh pihak tertentu tanpa usul periksa.

Beliau percaya terdapat ramai lagi mangsa yang telah ditipu tetapi tidak tampil membuat laporan kepada polis dan KPKT

“Saya berharap mana-mana individu yang berasa mereka ditipu untuk tampil (buat aduan) dan kami akan sedaya upaya untuk membantu,” katanya. – BERNAMA

Kategori