Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SPRM Buka Kertas Siasatan...

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengenal pasti beberapa individu untuk...

2 Lelaki Geng Samun...

BUKIT MERTAJAM - Polis berjaya menumpaskan geng samun bersenjata, pecah rumah dan curi...

Jumlah Kutipan Bayaran Balik...

KUALA LUMPUR - Jumlah kutipan bayaran balik pembiayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi...

TMJ Hadiahkan RM15,000 Pada...

KUALA LUMPUR - Penaung Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail...

44 Negara Sertai Festival Layang-Layang Sedunia

JOHOR BAHRU – Sebanyak 44 negara telah mengesahkan penyertaan dalam Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2018 yang dijadualkan berlangsung di Bukit Layang-layang, Taman Bandar, Pasir Gudang, di sini dari 28 Feb hingga 4 Mac depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew berkata seperti tahun-tahun sebelumnya, festival itu akan mempertandingkan sebanyak 21 kategori seperti Layang-Layang Paling Kreatif, Layang-Layang Paling Harmoni, Layang-Layang Ciptaan 3D, Pertandingan Wau Daun Secara Tradisional dan sebagainya.

Bertemakan ‘Memperkasa Komuniti Dunia’, festival itu yang memasuki edisi ke-23 bakal memperlihatkan seramai 250 peserta dari pelbagai negara termasuk Australia, Belgium, Brazil, Ireland dan Jepun selain 810 peserta tempatan.

“Tahun lepas, sambutannya sangat menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 200,000 pengunjung,” kata beliau dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penganjuran Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang di sini, hari ini.

“Tahun ini, seramai 250,000 pengunjung dijangka membanjiri festival itu, sekaligus membantu meningkatkan sektor pelancongan negeri,” katanya.


Tee berkata beberapa acara lain turut diketengahkan sempena festival termasuk persembahan istimewa Eco World Symphony Drummer, pelancaran buku “Keunikan Pertandingan Wau Tradisi Kebanggaan Malaysia” dan persembahan layang-layang bercahaya komuniti 24 Zon dalam Pasir Gudang.

Selain itu, satu memorandum persefahaman juga akan dimeterai antara penganjur festival berkenaan (Majlis Perbandaran Pasir Gudang) dan pihak penganjur Satun International Kite Festival 2018 bagi merapatkan lagi hubungan dan perkongsian budaya bersama antara kedua-dua pihak (Johor dan Thailand). – BERNAMA

Kategori