Wanita memang semulajadi hebat kerana mampu mempelbagaikan pilihannya meskipun mempunyai sumber yang terhad.
Sebagai contoh, walaupun teringin untuk berhias mengikut trend semasa namun kekangan bajet menyulitkan jalan untuk mencapat matlamat itu, wanita selalunya akan mengalihkan tumpuan kepadaĀ the next best thingĀ seperti opsyen yang lebih mesra-beg duit.
Oleh itu, kami telah membuat tinjauan terhadap beberapa orang netizen yang telah menggantikan produk-produk kecantikan premium dengan produk yang jauh lebih murah tapi tetap berkualiti tinggi:
1. Pembayang Mata
Produk Premium:Ā Palet Urban Decay Naked 2
Gantikan dengan:Ā Maybelline The Nudes
āPalet pembayang mata Naked daripada Urban Decay mencetuskan fenomena di kalangan wanita yang cintakan mekap di seluruh dunia. Tekstur produk ini yang berpigmen tinggi dan amat menyerlah ini menjadikan palet 12 rina tersebut agak mahal untuk dimiliki, Namun, Maybelline memperkenalkan koleksi yang diinspirasikan daripada palet Naked itu namun pada price point yang jauh lebih murah. Kualiti The Nudes ini juga mewah dan menyerlah sepanjang malam!ā-Hazrina Azman, 32.
2. Pemerah Pipi
Produk premium:Ā Marc Jacobs Shameless Bold Blush
Gantikan dengan:Ā NYX Powder Blush
āSaya sukakan tekstur mewah pemerah pipi Marc Jacobs ini, tapi dengan tukaran matawang yang semakin merundum sejak akhir-akhir ini menjadikan saya perlu fikirkan alternatif yang lebih murah tapi berkualiti. Rakan sekerja syorkan saya cuba NYX Powder Blush dan saya stick kepada produk ini saja sekarang.ā-Ā Khalisa Mokhtar,27.
3. Krim BBĀ
Produk premium:Ā Tarte Amazonian Clay BB Tinted Moisturizer Broad Spectrum SPF 20
Gantikan dengan:Ā Ā Freshel Skincare BB Cream UV
āSaya tidak sukaĀ memakai bedak asa yang terlalu tebal, apatah lagi dalam cuaca Malaysia yang agak panas setiap hari, tetapi dalam masa yang sama tetap mahu nampak kemas dan presentable. Krim BB Freshel ini amat ringan dan tidak berminyak, menjadikan wajah saya sekata, nampak bright dan segar.āā Syarafina Shuhaimi,24.
4. Penggaris Mata
Produk premium: Smashbox Limitless Liquid Liner Pen
Gantikan dengan:Ā 24h Miniso Waterproof Black Eyeliner
āIni salah satu best-kept secret untuk penggemar alat solek murah tapi bagus macam saya. Saya diperkenalkan dengan penggaris mata ini oleh rakan saya, dan ternyata ia memang tak mengecewakan. Warna hitamnya pekat dan tahan lama, lembut pula tu apabila dioleskan pada kelopak mata. Untuk RM10 memang berbaloi ya amat!ā-Ā Intan Fradilla, 24.
5. Concealer
Produk premium:Ā Urban DecayĀ Naked Skin ā Weightless Complete Coverage Concealer
Gantikan dengan:Ā MaybellineĀ Instant Age Rewind Concealer
āConcealer Age Rewind iniĀ menjangkauiĀ tanggapan saya. Bukan sahajaĀ ianya berkesan untuk menutup cela pada wajah, malah lingkaran hitam bawah mata saya juga āhilangā sama sekali. Magik!ā-Ā Ila Yuya,25.
Ā -VVANITA.MY