Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Muhammad Shafee Dibayar RM1,000...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hanya menerima bayaran berjumlah RM1,000...

Pendengaran Rayuan Anwar Masuk...

PUTRAJAYA - Pendengaran rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan...

Ebit Lew Mengaku Tidak...

TENOM : Pendakwah terkenal Ebit Lew mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan terhadapnya...

Keluarga Minta Jenazah Dibawa...

KUALA LUMPUR - Keluarga pensyarah dan imam warga Palestin Dr. Fadi Mohammed Al...

5 Negeri Hadapi Masalah Air Akibat Perpaipan Lama

KUALA LUMPUR — Lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Johor, Selangor dan Melaka dikenal pasti mengalami masalah kekurangan bekalan air akibat sistem perpaipan lama, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sehubungan itu, katanya, sistem perpaipan tersebut akan diganti dalam masa terdekat bagi membolehkan bekalan air bersih yang mencukupi dapat disalurkan kepada pengguna di seluruh negara.

“Sistem perpaipan tersebut telah digunakan hampir 50 tahun selepas dipasang sekitar 1960.

“Kerajaan sedang mengenal pasti kaedah terbaik bagi menggantikan sistem perpaipan tersebut,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (Nahrim) di sini hari ini.

Justeru, beliau menyarankan negeri-negeri lain meningkatkan pengeluaran air bersih dan menjualnya kepada negeri yang mengalami kekurangan bekalan air.

“Sumber bekalan air lebihan di negeri-negeri yang tidak terjejas boleh menjana pendapatan dan menjadi sumber pendapatan negeri,” katanya.


Wan Junaidi turut menasihatkan rakyat negara ini menggunakan air secara berjimat-cermat dan berhemah.

Beliau berkata, rakyat di negara ini menggunakan 230 liter air sehari bagi setiap individu berbanding Singapura, Hong Kong dan United Kingdom yang masing-masing menggunakan 150 liter air sehari. – BERNAMA

Kategori