Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

El Nino: Ikan Air...

TUMPAT - Berikutan paras sungai yang rendah ekoran cuaca panas dan kering sekarang,...

Kemalangan 8 Kenderaan Di...

SEKURANG-KURANGNYA lapan kenderaan terlibat dalam kemalangan bertembung sesama sendiri di kilometer 5.4 Jambatan...

2 Maut, 3 Cedera...

KOTA BHARU - Dua terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila kereta yang mereka...

Jean Todt Berharap Schumi...

PRESIDEN Persatuan Automotif Antarabangsa (FIA) dan juga bekas CEO team Ferrari, Jean Todt...

5 Perangai Wanita Yang Dibenci Suami

KUNCI utama kebahagiaan rumahtangga adalah saling percaya dan saling menyayangi antara pasangan suami dan isteri. tetapi, ada juga beberapa perkara yang akan menyebabkan kasih sayang suami terhadap isterinya akan berkurangan.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri,” begitulah sinonimnya…..

Agar isteri tidak kehilangan rasa cinta dan rasa hormat suaminya, maka seorang isteri harus mengetahui dan menjauhi sifat-sifat wanita yang dibenci suami.

Di antara sifat-sifat tersebut yang paling ketara, yang ditulis Shabah Sa’id dalam buku Az-Zaujah Al-Mubdi’ah wa Asrar Al-Jamal. Antaranya:

1- Wanita yang sibuk dengan diri sendiri

Wanita seperti ini biasanya akan menjauhkan diri dari semua urusan suaminya atau lebih jelas disebut, ‘pentingkan diri’. Bila masa nak keluar dengan kawan, keluar. Ataupun sentiasa sibuk membalas mesej grup WhatsApp yang entah apa-apa sehingga tak menghiraukan suami. Wanita seperti ini akan berasa selesa setiap kali dirinya berseorangan tanpa memerlukan bantuan sesiapa.

2- Wanita yang suka mendominasi

Wanita seperti ini sering mengabaikan kewujudan suaminya, sering kali membuat keputusan tanpa berbincang bersama-sama suaminya. Dia selalu melakukan semua urusan keluarga dan rumahtangga tanpa mengambil kira pendapat suami.

Bila sudah berkahwin, sepatutnya wanita perlu meminta keizinan dan ‘kelulusan’ daripada suaminya sebelum membuat sebarang keputusan sama ada yang kecil seperti memilih warna langsir bilik tidur  mahupun yang besar-besar seperti membuat pembelian kereta, misalnya.


3- Wanita yang suka menipu

Salah satu aspek terpenting dalam kehidupan berumah tangga adalah kepecayaan dan kejujuran antara satu sama lain. Ini akan menjadikan rumah tangga yang dibina lebih bahagia. terdaat segelintir wanita yang suka menipu dan ia seolah-olah sudah menjadi kebiasaaan kepada mereka.

Contohnya bila wanita pulang lewat dari pejabat, “sorry i ada meeting tadi” tetapi yang sebenarnya dia bersuka ria dengan kawannya.

4- Wanita yang kasar

Wanita seperti ini adalah wanita yang cepat menjatuhkan hukum kepada suami apabila suaminya melakukan kesalahan. selain itu, suami juga akan dimarahi dengan menggunakan kata-kata yang kasar dan kesat sehingga mengecilkan hatinya.

Sebenarnya, keluhan seperti, “Ah!” dengan nada marah pun boleh dikira berdosa besar, apatah lagi melawan dengan perkataan yang kurang sopan. Jadi, berubahlah sebelum suami tawar hati.

5- Wanita yang degil

Wanita seperti ini adalah wanita yang tidak mahu mengikut dan mendengar nasihat dari suaminya. Jika suami tidak bersetuju dalam sesuatu perkara, dia tetap akan melakukannya tanpa menghiraukan perasaan suaminya.

Memang betullah apa orang tua-tua cakap, membela sekandang lembu lebih mudah daripada menjaga seorang perempuan!-VVANITA.MY

Kategori