Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hentikan Spekulasi Punca Peletakan...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan hari ini meminta semua pihak supaya tidak membuat...

Adam PKR ‘Sembunyi’ Aset...

SELEPAS pendedahan kontroversi mengenai kemewahan hartanya terbongkar, Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Ampang,...

Penipuan Dalam Talian Naik...

BACHOK: Kemeterian Komunikasi dan Digital mendedahkan penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus...

Gambar Kucing JDT Menjadi...

APALAH jenis manusia yang sanggup melakukan kekejaman terhadap binatang comel berkaki empat ini.Kami yakin...

5 Sebab Ini Mungkin Penyebab Seseorang Wanita Curang

BOLEH dikatakan majoriti kes curang yang terjadi di Malaysia melibatkan kaum Adam. Tetapi, itu tidak bermakna kaum Hawa pun tidak boleh atau mampu untuk curang.

Walaupun senario itu amat jarang berlaku, namun tidak mustahil ada segelintir wanita yang sanggup menduakan pasangan mereka atas sebab-sebab tertentu, antaranya:

1. Ingin membalas dendam

Let’s forgive and forget. Rasanya ayat itu mungkin merupakan satu ‘penipuan’ daripada kaum wanita. Kenapa? Kerana kaum hawa senang memaafkan tetapi sukar untuk melupakan.

Disebabkan itu, mereka tekad untuk membalas dendam apabila sebelum ini pasangan mereka pernah curang. Ada pendapat yang menyatakan sesetengah wanita buat begitu kerana mereka terlalu sayangkan pasangan mereka sehingga berasa sangat kecewa apabila diduakan.

2. Masalah kewangan

Ini satu lagi sebab yang sering kita dengar kenapa wanita curang. Jika satu pasangan itu mengalami masalah kewangan, sudah pasti ianya akan melibatkan perubahan emosi sesorang lebih-lebih lagi kepada wanita.

Mereka akan stress dan tertekan apabila perlu memikirkan masalah ketiadaan wang yang dialami. Apabila mereka sampai satu tahap, mereka tidak mempedulikan persekitaran dan dengan selamba keluar mencari ‘ketenangan’ di luar.

3. Hubungan jarak jauh

Menjadi seorang wanita haruslah pandai mengawal emosi. Tapi, kadang-kadang kita tak mampu untuk kawal emosi apabila orang yang kita sayang tidak berada dekat dengan kita.

Lagi-lagi kalau hubungan jarak jauh. Kepercayaan dan jujur memang sangat-sangat dititikberatkan, tapi kadang-kala wanita memerlukan perhatian daripada orang tersayang.


Tapi kalau orang tersayang pun berada jauh dari kita, itu yang menyebabkan wanita mencari ‘rakan berbual’ yang boleh mendengar luahan hati dan masalahnya.

4. Lebih mengutamakan kawan

Umum mengetahui lelki lebih senang untuk membuat kawan berbanding wanita. Tapi, kadang-kala mereka terlalu mementingkan kawan-kawan sehingga mengabaikan pasangan.

Contohnya, seorang suami keluar hampir setiap malam untuk melepak dengan kawan-kawannya. Secara tidak langsung, isteri di rumah sudah diabaikan dan keadaan ini akan membuatkan isteri berasa bosan dan tidak dihargai.

Jadi, si isteri mengambil pendekatan mudah melakukan perkara yang sama, meluangkan masa bersama teman-teman sepejabat dan mungkin terleka dengan layanan yang diberikan kawan lelakinya.

5. Masalah keluarga mertua

Keluarga mertua yang sering mendesak juga merupakan salah satu punca wanita curang. Sesetengah keluarga mertua bersikap memaksa-maksa dan suka mencampur urusan rumah tangga anaknya.

Keadaan ini membuatkan si isteri kurang selesa apabila dirasakan seperti dikongkong dan di control oleh mertua. Si suami pula hanya
mengikut apa yang dikatakan ibunya tanpa berbincang dengan isteri terlebih dahulu.

Mungkin perkara sebegini terjadi dan mengecewakan si isteri. Untuk merawat hatinya, mungkin dia lebih memerlukan seorang lelaki yang memahami dirinya.

Mungkin bukan salah wanita 100% apabila dia mengambil keputusan untuk curang dengan pasangannya, kadang-kala faktor persekitaran yang mendorong perkara itu terjadi. Jadi, kepercayaan antara satu sama lain itu amat penting dalam sesebuah hubungan. – VVANITA.MY/AYU

Kategori