Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Jambatan Baharu Ganti Jambatan...

JOHOR BAHRU - Sebuah jambatan baharu bernilai antara RM5 juta hingga RM6 juta...

2 Anggota Polis Antara...

KUALA LUMPUR - Dua anggota polis adalah antara 345 individu yang ditahan dalam...

Pertandingan Punggung Tercantik Dapat...

UNIVERSITI Cambridge di United Kingdom sememangnya dikenali sebagai salah satu institusi pengajian tinggi...

Burung Jatuh Dari Langit...

NEW DELHI – Beribu-ribu ekor burung di India dilaporkan terjatuh dari langit ketika...

5 Sebab Kenapa Suami Orang Jadi Pilihan Wanita Bujang

SEPERTI yang kita semua sedia maklum, jumlah wanita di Malaysia sudah melebihi kaum lelaki. Jadi, adakah ini menjadi punca wanita lebih berminat untuk menjadikan suami orang sebagai teman hidupnya sendiri?

Kurang sangat ke lelaki bujang? Ke ada sebab lain? Emm…

Dulu, jika wanita berkahwin dengan suami orang, dia akan dianggap jahat tetapi sekarang dah macam trend pula. Masing-masing nak berebutkan suami orang. ‘Coconut’ sangat!

Jadinya, apa sebab wanita sukakan lelaki yang berstatus suami orang? Mungkinkah sebab…..

1. Lebih Matang?

Suami orang sudah melalui cabaran di alam perkahwinan. Tidak ada perangai kebudak-budakan seperti lelaki bujang. Rasa-rasa Coco ‘Lots Of Mix’ setuju tak?

2. Bekerjaya Stabil?

Kebanyakan lelaki berkahwin memiliki kerjaya stabil dan tetap berbanding lelaki bujang. Mereka juga sudah memiliki kereta, rumah dan aset tetap yang lain. Wanita lebih rasa terjamin di masa akan datang dan tak perlu risau lagi.

Contohnya, seperti penyanyi ‘lulusan’ AF8 yang bahagia selepas menjadi isteri kedua kepada usahawan bernama Dato’ Red.


3. Bermulut manis & pandai menyusun kata-kata?

Selalunya lelaki sudah berkahwin ni bijak bermain kata-kata sebab dah banyak pengalaman dengan isteri mereka. Dah pandai bab pujuk-memujuk. Jadi tiada masalah untuk memikat wanita lain.

“Sayang jangan lah merajuk, walaupun abang dah ada isteri, abang janji tidak akan mengabaikan awak. Awak tetap istimewa di hati abang”.

“Percayalah sayang, walaupun abang sibuk, abang tak pernah lupakan awak. Awaklah syurga cinta abang”.

*nak muntah*

4. Lebih bertanggungjawab?

Lelaki yang sudah berumahtangga lebih bertanggungjawab berbanding lelaki bujang. Mereka sudah biasa membantu isteri dalam menguruskan rumah tangga seperti membeli barangan kelengkapan rumah serta bersama-sama memastikan keadaan rumah selamat dan selesa untuk didiami. Jadi, setiap keperluan wanita memang mereka sudah tahu dan tidak perlu tunjuk ajar.

5. Berasa selesa?

Sebab utama yang membuatkan wanita terpaut dengan suami orang adalah kerana berasa selesa. Lelaki berkahwin lebih matang dan sentiasa menjadi pendengar yang baik. Jadi, wanita boleh meluahkan perasaan dan kongsikan apa saja dengan mereka. VVANITA.MY

Kategori