Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Tahfiz Terbakar: Api Marak...

KUALA LUMPUR - "Bunyi macam ribut, api sudah marak besar, air tidak cukup,"...

Kerajaan Rakan Sebenar Rakyat...

MELAKA - Kerajaan kini bukan lagi pengawal selia atau fasilitator tetapi rakan sebenar...

Tak Pernah Genggam Satu,...

SEPANJANG 10 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, aktres kecil molek, Nora Danish mengakui...

‘Kalau Ada Duit Tak...

KUALA LUMPUR : Semua pemilik kelab bola sepak perlu mempunyai 'otak' yang bijak...

50 Tapak Pasar Komuniti Jauhar Diwujudkan Di Johor

JOHOR BAHRU – Lima puluh tapak Pasar Komuniti Jauhar akan diwujudkan di seluruh Johor dalam tempoh lima tahun ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata pasar yang diuruskan Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCOOP) itu merupakan usaha kerajaan negeri bagi membolehkan masyarakat mendapatkan barangan keperluan dengan harga berpatutan dan 50 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

“Kewujudan Pasar Komuniti Jauhar ini membuktikan kerajaan Johor sentiasa prihatin dan berusaha untuk membantu masyarakat khususnya golongan B40 dalam mengharungi kos sara hidup yang tinggi dan mencabar.

“Pasar dibuka setiap hujung minggu ini menawarkan barangan basah seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran,” katanya berucap pada majlis perasmian Pasar Komuniti Jauhar di Rumah Pangsa Tasek 64, Masai, di sini hari ini.

Khaled berkata langkah kerajaan negeri mewujudkan Pasar Komuniti Jauhar bukan bermusim, sebaliknya berpanjangan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat negeri ini.

​​​​​​​​​​Sementara itu, seorang suri rumah, Zatul Ifah Abdul Rapuh, 27, berkata kewujudan pasar terbabit yang berdekatan rumahnya memudahkan pembelian dan menjimatkan masa.


“Terima kasih kepada kerajaan Johor yang menyediakan pasar seumpama ini walaupun hanya hujung minggu. Barangan yang dijual didapati segar dengan harga berbaloi,” kata ibu dua anak itu.

​​​​​​​​​​​​​​Pemandu teksi, Jamaluddin Mata, 58, berkata kerajaan Johor sudah melakukan pelbagai program dan inisiatif bagi membantu golongan berpendapatan rendah dengan terbaharu mewujudkan pasar tersebut.

“Saya bersyukur dengan usaha pihak kerajaan untuk meringankan beban rakyat seperti saya. Banyak keselesaan diberikan dan hari ini saya dapat membeli barang runcit yang segar dan harga lebih murah,” katanya. – BERNAMA

Kategori