Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

10 Suspek Bookie Lumba...

KUANTAN - Polis menahan lapan lelaki dan dua wanita dipercayai bookie lumba kuda...

Ramasamy Dakwa Artikel Diterjemah...

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy kecewa dengan...

Gaun Pengantin Angelina Jolie...

SEMEMANGNYA ramai yang menantikan berita perkahwinan pasangan pelakon popular Hollywood, Angelina Jolie dan...

Warga Malaysia Maut Insiden...

BESUT - Seorang pekerja warga Malaysia berasal dari Besut terbunuh dalam kejadian sebuah...

54 Pemberontak Kurdis, Pro Ankara Maut

BEIRUT – Sekurang-kurangnya 54 pemberontak Syria maut di wilayah Afrin di utara Syria, dalam masa tiga hari, sejak Turki melancarkan serangan di wilayah itu, kata pemerhati semalam.

Antara yang terbunuh ialah 26 pemisah Kurdis dari Pasukan Demokratik Syria yang menguasai wilayah bersempadan dengan Turki itu, menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Kebanyakan mereka terbunuh dalam serangan udara Turki, kata ketua pertubuhan beribu pejabat di Britain itu, Rami Abdel Rahman.

Seramai 19 lagi pemberontak pelbagai pangkat proAnkara yang berjuang bersama-sama tentera Turki turut maut, kata SOHR, menambah sembilan mayat tidak dikenali ditemui di medan perang.

Angka kematian penduduk awam meningkat kepada 24 dalam masa tiga hari.


Dua daripada mereka maut akibat serangan Kurdis manakala yang lain terbunuh susulan serangan udara Turki, katanya.

Ankara menafikan bertanggungjawab di atas kematian penduduk awam. – AFP/BH ONLINE

Kategori