Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Komplot Jatuhkan Najib, 3...

KUALA LUMPUR - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis...

Notis Harga Belum Tolak...

IPOH - Peniaga diminta meletakkan notis pemberitahuan sekiranya barangan yang dijual di premis...

Roslan Shah Kerugian RM5K...

PELAKON kelahiran Singapura, Roslan Shah atau selesa membahasakan dirinya sebagai Che Lan baru-baru...

206 Saman Bagi Op...

SHAH ALAM - Sejumlah 206 saman dikeluarkan ke atas pesalah trafik dalam Op...

Selepas Lebih 2 Minggu, Banjir Di Pekan Kini Pulih

PEKAN – Selepas lebih dua minggu dilanda banjir, akhirnya banjir di Pekan kembali pulih dengan kesemua 102 mangsa yang ditempatkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 2.30 petang tadi.

Pegawai Daerah Pekan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Datuk Ali Shahbana Sabaruddin berkata kesemua sembilan mangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Acheh dan 93 mangsa di SK Temai dibenarkan pulang selepas banjir di rumah masing-masing kembali surut.

“Kebanyakan mangsa juga tidak sabar untuk pulang melihat rumah dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa selepas dua minggu berada di PPS ini,” katanya ketika ditemui Bernama di SK Temai di sini hari ini.

Beliau berkata Pekan adalah antara daerah yang paling lama dilanda banjir tahun ini disebabkan keadaan ‘banjir termenung’ berikutan pertembungan air dari hulu sungai, air pasang besar dan air paya.

“Masalah banjir termenung di Kampung Temai dan sekitarnya berlaku setiap tahun, namun ia berlaku bukan disebabkan masalah perparitan, tetapi lebih kepada faktor cuaca dan bentuk muka bumi kawasan ini sendiri.

“Apabila air paya meningkat disebabkan hujan dan dalam masa sama air sungai dari hulu melimpah diikuti air pasang besar, air banjir ini tidak dapat mengalir ke mana-mana.

“Tetapi hari ini kita dapati air sungai telah surut berikutan tiada lagi hujan lebat dalam sehari dua ini di kawasan hulu, membolehkan air paya mengalir dan banjir kembali surut,” katanya.


Sementara itu di Raub, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 78 mangsa ditempatkan di tiga PPS setakat 5 petang tadi berbanding 24 mangsa daripada tujuh keluarga pagi tadi.

Tiga PPS Surau RRM Cheroh pula menempatkan 10 mangsa, Masjid Jamek Kuala Sementan (27), Masjid Kampung Ulu Sungai (41).

Banjir dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan lebih empat jam awal pagi tadi, menyebabkan limpahan air Sungai Lipis mengalir ke kampung berhampiran. – BERNAMA

Kategori