Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

“Kami Minta Maaf,” Kata...

SINGAPURA - “Kami Minta Maaf!” kata penerbit theindependent.sg, atau TISG. "Kami memohon maaf dengan...

Cukai Korporat Mungkin Tak...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak bersedia untuk melaksanakan pengurangan cukai korporat yang berada...

Kerjasama UMNO-PAS Merampas Perak

SUASANA politik di Perak nampaknya tidak tenang sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan...

Bunuh 2 Beradik, 2...

PETALING JAYA - Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Belia Dipelawa Sertai Program Konvoi Berbasikal WP

KUALA LUMPUR – Golongan belia di sekitar ibu negara dipelawa menyertai program Konvoi Berbasikal Wilayah Persekutuan (WP) pada 24 Februari ini dalam mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan warga kota.

Program anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan yang diadakan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan berkenaan menyasarkan penyertaan sehingga 5,000 anak muda dan terbuka kepada lelaki dan perempuan secara percuma.

Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata laluan kayuhan sejauh 30 kilometer itu akan bermula pada 6.30 pagi di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan melalui beberapa jalan utama di sekitar Kuala Lumpur.

“Konvoi ini bertujuan memupuk semangat cintakan Wilayah Persekutuan selain mewujudkan satu suasana harmoni antara warga kota sesuai dengan slogan Hari Wilayah Persekutuan, ‘Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera’.

“Setakat ini, kami telah menerima sehingga 1,500 penyertaan dan kami sangat mengalu-alukan lebih ramai lagi penyertaan anak muda dalam memeriahkan program ini,” katanya dalam sidang media program Konvoi Berbasikal WP, di sini hari ini.

Mohd Razlan berkata individu yang berminat mengetahui maklumat lanjut berkenaan program Konvoi Berbasikal WP boleh melayari laman sesawang rasmi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, www.wipers.gov.my atau di laman Facebook, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.


Beliau berkata pada hari berkenaan, turut diadakan program Jom Kenduri di Dataran DBKL yang melibatkan sebanyak 30 kendera saji dan lebih menarik lagi apabila sebanyak 5,000 kupon percuma akan diberikan kepada pengunjung terawal.

Tambahnya, Tengku Adnan serta Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dijangka turut hadir memeriahkan program berkenaan di samping meluangkan masa bersama para pengunjung sehingga 5 petang.

“Selain itu, Jom Kenduri ini juga akan dimeriahkan oleh kira-kira 300 gerai pameran jualan dan perkhidmatan termasuk gerai Kad Ceria Wilayah Persekutuan, Jabatan Pengangkutan Jalan serta Job Fair yang memberi peluang kepada orang ramai mencari pekerjaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori