Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Siasatan Vertice: SPRM Tak...

KUALA LUMPUR – Vertice Bhd., yang sebelum ini dikenali sebagai Voir Holdings Bhd.,...

PRU-15: PKR Umum Nama...

KUALA LUMPUR : Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan nama calon...

CEO, Peg. Zakat P.Pinang...

BUTTERWORTH - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan seorang pegawai kanan Zakat Pulau Pinang...

Salahuddin Sedia Beri Keterangan...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub memaklumkan pihaknya...

6 Khasiat Putih Telur Untuk Kulit Cantik

Telur antara menu popular untuk hidangan seisi keluarga. Ianya mudah disediakan dan kaya dengan protein. Lebih istimewa, telur mempunyai khasiat untuk kecantikan. Ini kerana, telur mempunyai kandungan asid amino dan zat besi yang tinggi dan baik untuk penyembuhan sel dan juga penjagaan kecantikan.

Rahsia ini telah diketahui sejak berkurun lamanya kerana wanita zaman dahulu menggunakan putih telur sebagai masker untuk mendapat kulit wajah yang cantik.

Jom bongkar khasiat putih telur dengan mengamalkan 6 cara mudah ini:

1. Tanggalkan blackhead & whitehead

Tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar melakukan perawatan wajah di spa. Proses pe,buangan whitehead dan blackheah di adakalanya amat menyakitkan. Oleh itu, bolehlah cuba cara ini.

Rendam kapas muka dalam putih telur, kemudian tempek pada bahagian bermasalah seperti hidung dan dagu dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, tarik kapas muka itu dan lihat kotoran yang berjaya ditanggalkan. Putih telur menarik kotoran keluar daripada wajah, hasilnya ulit menjadi lebih licin.

2. Haluskan kulit

Bagi anda yang mahu menjimatkan wang dan masa, amalkan mengoles wajah dengan putih telur. Oles nipis, kemudian biarkan selama 15 hingga 20 minit. Bilas dengan air suam diikuti dengan air sejuk. Lakukan petua ini dua kali seminggu, kulit wajah akan tampak halus dan tegang.

3. Mencerahkan kulit

Kulit wajah yang gelap dan tona tidak sekata membuatan wanita berasa kurang yakin dengan penampilan diri. Usah seidh, untuk atasi masalah ini, campurkan yogurt asli dengan putih telur. Gaul hingga sebati dan oles pada seluruh wajah dan leher. Amalkan selama dua kali seminggu.


4. Membuang lebihan minyak

Campurkan putih telur bersama sedikit perahan lemon, oleh pada seluruh wajah.

Lemon mempunyai kandungan alpha hydroxy acid (AHA) yang membantu mengimbangkan pH kulit wajah dan membantu mengecilkan pori-pori wajah.

5. Menghilangkan jerawat

Jangan bimbang jika wajah tiba-tiba ditumbuhi jerawat, sapukan saja putih telur pada keseluruhan wajah anda. Biar selama 20 minit, bilas dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin sehingga jerawat hilang, selalunya perubahan ketara akan mula nampak pada hari kedua amalan tips ini.

6. Rawat masalah lingkaran bawah mata

Lingkaran gelpa bawah mata atau mata panda sering menjadi igauan ngeri setiap wanita. Masalah ini berlaku kerana kurang rehat, tidak cukup tidur dan juga faktor tekanan.

Kombinasi putih telur dan timun dapat mengatasi masalah ini. Oles putih telur pada bawah mata, kemudian lekapkan hirisan timun. Biarkan selama 15 minit dan bilas hingga bersih.-VVANITA.MY

Kategori