Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sindiket Menyamar Pegawai Kanan...

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berjaya menumpaskan sindiket penyamaran sebagai...

Agong Adakan Mesyuarat Pra-Kabinet...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

Penerbit Filem Maut Semasa...

KUALA LUMPUR - Seorang penerbit filem maut selepas tercampak sejauh 23 meter semasa...

Comel Giler!! Bila Penyu...

PENGALAMAN melancong di Pulau Apo, Filipina mungkin menjadi antara kenangan paling terindah bagi...

600kg Gading Gajah, 600kg Sisik Tenggiling Dirampas

ABIDJAN – Hampir 600 kilogram gading gajah dan 600 kilogram sisik tenggiling yang bakal diseludup ke Vietnam serta beberapa negara Asia dirampas pihak berkuasa Ivory Coast dalam satu serbuan baru-baru ini.

Dalam operasi yang mengambil masa beberapa hari itu, pihak berkuasa turut menahan enam suspek.

Ketua Unit Anti Penyeludupan Ivory Coast, Bonaventure Adomo berkata, gading gajah itu akan diseludup untuk pasaran Vietnam manakala sisik tenggiling terbabit disasarkan untuk pasaran di beberapa negara Asia.

Menurut beliau, tiga daripada suspek ditahan itu masing-masing terdiri daripada dua rakyat tempatan dan seorang rakyat Guinea.

“Gading gajah itu dibawa masuk dari beberapa negara termasuk Gabon, Nigeria, Mozambique dan Uganda.

“Dua lagi suspek berasal dari Vietnam manakala seorang lagi disahkan sebagai rakyat China,” katanya kepada media.


Nilai keseluruhan gading gajah terbabit dianggarkan berjumlah AS$450,000 (RM1.74 juta) manakala sisik tenggiling itu pula mencecah AS$350,000 (RM1.35 juta) di pasaran gelap.

Pemerdagangan kedua-dua jenis haiwan liar berkenaan adalah menyalahi undang-undang ditetapkan di bawah konvensyen Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). – Reuters/BH ONINE

Kategori