Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

BN Johor Sudah Serah...

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor telah menyerahkan senarai calon pilihan raya...

Lulus Permohonan Pekerja Asing...

PUTRAJAYA : Kerajaan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing untuk membenarkan majikan menggajikan...

Gaji Teong Kim RM175,000...

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyifatkan gaji...

Bayi Maut, Ibu Kritikal...

KUANTAN - Seorang bayi berusia setahun tujuh bulan meninggal dunia apabila kenderaan yang...

7 Ditahan Pecah Masuk Bangunan Burung Walet

KOTA TINGGI – Kegiatan licik sekumpulan tujuh individu yang sering kali memecah masuk bangunan sarang burung walet milik penduduk di sini, akhirnya tumpas apabila kesemua mereka ditahan dalam dua operasi, minggu ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Ashmon Bajah berkata dua daripada anggota kumpulan itu ditahan di Kuala Sedili kira-kira 7.30 malam pada Selasa (23 Jan), manakala lima lagi ditahan di Taman Perumahan Kota Jaya, kira-kira 11 malam tadi.

“Empat daripada mereka merupakan lelaki warga Vietnam manakala selebihnya rakyat tempatan termasuk seorang wanita.

“Kesemua suspek berusia antara 22 dan 40 tahun didapati positif dadah dan ditahan reman sehingga 30 Jan ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk rumah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ashmon berkata beberapa peralatan dipercayai digunakan kumpulan terbabit untuk melakukan jenayah, turut dirampas dalam operasi berkenaan.

Antara peralatan dirampas adalah satu set pemotong besi bersama tong gas, sebatang besi boleh laras sepanjang 10 kaki, playar, satu spanar pencanai, 11 pemutar skru dan dua tukul besi.


Selain itu, 460 gram sarang burung walet yang dianggarkan bernilai RM2,500 turut ditemukan, katanya.

Ashmon berkata dengan tertangkapnya ketujuh-tujuh suspek tersebut, polis kini berjaya menyelesaikan 28 kes pecah masuk bangunan sarang burung walet yang membabitkan kerugian kira-kira RM100,000 di daerah ini. – BERNAMA

Kategori