Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nelayan Hilang Setelah Keluar...

TAIPING - Seorang nelayan, Saidin Ishak, 56, dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke...

Kerjasama PAS-UMNO Dijangka Dikupas...

KUANTAN - Kerjasama antara PAS dan UMNO dijangka terus menjadi topik utama yang...

Video Daesh Gesa Anggota...

KAHERAH - Militan Daesh menggesa anggotanya melancarkan serangan di Rusia dalam video sepanjang...

Insiden Bir: Fokus Umat...

INSIDEN seorang lelaki mengherdik seorang promoter bir di sebuah pasar raya menambahkan senarai...

70 Agensi Kerajaan Terengganu Laksana IBR Tahun Ini

KUALA TERENGGANU – Kesediaan 70 agensi di bawah kerajaan negeri Terengganu untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada tahun ini membuktikan kejayaan program itu dalam usaha membanteras rasuah sejak dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, Mohd Zaki Hassan berkata setakat ini 59 agensi kerajaan termasuk universiti tempatan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah melaksanakan IBR.

“Alhamdulillah setakat ini juga, kami masih belum menerima sebarang aduan mengenai perlakuan rasuah dalam kalangan petugas di 59 agensi tersebut.

“Kami sedia menyiasat apa sahaja laporan sekiranya ada walaupun ia tidak dibuat secara rasmi, meskipun aduan itu hanya dilaporkan melalui media sosial seperti WhatsApp dan Facebook…kerana yang penting ialah inti pati aduan itu sendiri (untuk membanteras rasuah),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis melafaz dan menandatangani IBR oleh 50 petugas Jabatan Laut Wilayah Timur dengan kerjasama SPRM Terengganu di sini hari ini.


Mohd Zaki berkata secara keseluruhannya, program itu sangat berkesan dalam mendidik anggota masyarakat dalam memastikan negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Mengenai sambutan orang ramai terhadap Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) pula, Mohd Zaki berkata 22,000 orang telah mendaftar setakat Januari tahun ini di Terengganu.

“Sasaran asal hanya 10,000 penyertaan sahaja sehingga akhir tahun lepas namun program ini mendapat sambutan memberangsangkan di Terengganu dan kami yakin ia akan membantu membanteras rasuah di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • IBR

Kategori