Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KDN Sahkan DAP Tidak...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan DAP tidak terbabit dengan kumpulan...

Jentera BN Akan Beri...

MUADZAM SHAH - Jentera Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin...

Kementerian Nafi Surat Isu...

PUTRAJAYA - Tular menerusi media sosial apabila sekeping surat mengenai pengedaran dadah baharu...

Anggota Komponen BN Mesti...

KUALA LUMPUR - Anggota parti komponen mesti mempunyai 'DNA' Barisan Nasional (BN) bagi...

70% Pembiayaan Sewa Beli Kereta Lulus Tahun Lalu

KUALA LUMPUR – Bank-bank komersial di Malaysia memberi jaminan akan terus menyediakan pembiayaan sewa beli kenderaan kepada orang ramai yang layak berdasarkan kesesuaian dan kemampuan mereka yang memohon.

Jaminan itu dibuat oleh Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) bagi membidas dakwaan `The Edge Financial Daily’ syarikat kenderaan terutama Perodua dan Proton terjejas disebabkan oleh garis panduan pembiayaan sewa beli sedia ada.

ABM malah memaklumkan, kadar permohonan pembiayaan kenderaan yang diluluskan oleh bank-bank komersial dalam negara dari Januari hingga November tahun lalu adalah sebanyak 70 peratus.

Jelas ABM, garis panduan pembiayaan sewa beli yang ditetapkan di negara ini adalah penting untuk memastikan rakyat Malaysia tidak terlalu dibebani dengan hutang berlebihan.

“Permohonan pembiayaan kereta oleh ahli kami dinilai sesuai dengan garis panduan sedia ada dan prosedur dalaman masing-masing. Ia termasuk penilaian kredit dengan mengambil kira pendapatan serta pinjaman sedia ada pemohon.

“Ia bagi menentukan kemampuan mereka membuat pinjaman. Bank perlu juga mengambil pemohon perlu mempunyai kewangan mencukupi jika berhadapan peristiwa tidak dijangka,” kata ABM dalam satu kenyataan media hari ini.


ABM menjelaskan, antara punca permohonon pembiayaan kenderaan tidak diluluskan pihak bank kerana rekod kegagalan kredit, bukti pendapatan tidak nyata, pembayaran tidak menentu dan pendapatan bersih tidak mencukupi.

Kata ABM, orang ramai turut diingatkan memastikan dokumentasi yang lengkap disediakan untuk pihak bank apabila memohon pembiayaan kenderaan.

“Pembiayaan kereta akan diteruskan kepada peminjam yang layak. Jangkaan impak Standard Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 9 berkuat kuasa 1 Januari 2018 terhadap kos pembiayaan adalah terhad,” kata ABM. – MYNEWSHUB.CC

Kategori