SANTIAGO – Sekurang-kurangnya 80 paderi Roman Katolik didakwa pernah melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Chile sejak 2000.
Perkara itu didedahkan kumpulan pemantau, BishopAccountability.org yang berpangkalan di Amerika Syarikat semalam, menjelang kunjungan Pope Francis, ke negara itu, minggu depan.
Francis, pope pertama Amerika Latin yang lantang menentang kes penderaan seumpama itu, mencetuskan kegemparan gereja selama bertahun-tahun.
Bagaimanapun pemimpin kerohanian tertinggi Vatican City itu berdepan dengan gesaan pelbagai pihak untuk meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan.
BishopAccountability.org mengemas kini pangkalan datanya mengenai paderi yang secara terbuka dituduh melakukan penderaan seks terhadap kanak-kanak berdasarkan rekod mahkamah dan laporan media. – AFP/BH ONLINE