Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Malaysia Hantar Pulang 150...

BUTTERWORTH - Malaysia berjaya menghantar pulang 150 kontena sisa pepejal plastik dianggarkan 3,373...

Pekerja Ladang Dibunuh Kerana...

KUANTAN - Seorang pekerja ladang warga tempatan mati dibunuh rakan sekerjanya dalam perselisihan...

‘10 Year Challenge’ Bantu...

LOS ANGELES – Cabaran popular kenali sebagai ‘10 Year Challenge’ dipercayai dicipta untuk...

Kastil Tua, Filem Seram...

INDUSTRI perfileman di negara seberang sememangnya lebih menumpukan kepada karya bergenre seram demi...

9 Renjer Thai Cedera, Termasuk 3 Parah Di Pattani

PATTANI – Sembilan anggota Renjer Thailand cedera, tiga daripadanya parah apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terkena letupan bom di daerah Nongchik, di wilayah bergolak Pattani, selatan negara itu.

Menurut penolong ketua polis bahagian siasatan Nongchik, Kapt Akkarat Jiacharen, kejadian tersebut berlaku kira-kira 10.30 pagi waktu tempatan ketika anggota Renjer itu dalam perjalanan ke sebuah sekolah rendah di Ban Saimo.

“Mereka mahu ke Sekolah Rendah Ban Saimo untuk menyiasat perbuatan membakar Kamera Litar Tertutup (CCTV) di hadapan sekolah itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pihak polis katanya percaya, bom buatan sendiri seberat 50kg itu telah ditanam di jalan raya itu dan diaktifkan menggunakan walkie-talkie, yang turut menghasilkan lubang sedalam dua meter di jalan raya terbabit.


Anggota Renjer yang cedera itu telah dihantar ke Hospital Pattani untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

Kategori