Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Sohaimi Shahadan Semakin Pulih...

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan yang cedera selepas...

Tambah 50 Taska Mampu...

KUALA LUMPUR - Penambahan sebanyak 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di bangunan kerajaan...

Penjawat Awam Hadapi Enam...

JOHOR BAHRU: Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

Najib Mohon Bicara 1MDB...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak hari ini memfailkan permohonan supaya Hakim...

93 Pelancong Terkandas Di Pulau Tioman

PUTRAJAYA – Seramai 93 pelancong asing termasuk 13 rakyat tempatan terkandas di Pulau Tioman sejak Khamis lepas berikutan cuaca buruk.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata keadaan itu berlaku berikutan angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga serta ombak melebihi 4.5 meter di timur laut perairan Tioman.

Dalam satu kenyataan hari ini, agensi itu berkata keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk perkhidmatan feri.

“Syarikat-syarikat yang mengendalikan perkhidmatan operasi feri dari Pulau Tioman ke Mersing terpaksa menghentikan operasi buat sementara waktu. Situasi ini telah menyebabkan ramai pelancong terkandas tidak dapat pulang ke tanah besar,” kata agensi itu.

Menurut NADMA, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hari ini telah meminta bantuan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) untuk membantu membawa pelancong yang terkandas keluar dari Pulau Tioman.


Menurut agensi itu, KD Terengganu telah berlepas daripada Pelabuhan Tanjung Gelang, Kuantan kira-kira 4 petang hari ini dan dijangka tiba di Pulau Tioman pada 12 tengah malam ini.

“Jika tiada halangan, semua pelancong yang terkandas ini akan dibawa pulang esok dan dijangka tiba pukul 3 petang di Pelabuhan Tanjung Gelang, Kuantan,” kata NADMA. – BERNAMA

Kategori