Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

SKMM Sekat Laman Sesawang...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat mana-mana laman sesawang yang...

Rasuah KBS: 22 Beg...

KUALA LUMPUR - Beg jenama mewah Christian Louboutin, Salvatore Ferragamo, Fendi Roma, Gucci,...

Warga Indonesia Positif COVID-19...

KUCHING - Dua lelaki warga Indonesia yang disahkan positif COVID-19 menghilangkan diri rumah...

Tanah Mendap: Jalan Penarik...

SETIU - Jalan Penarik ke Kampung Raja di Besut ditutup kepada semua kenderaan...

Abang Johari Berjaya Laksana Ekonomi Digital Sarawak

KUCHING – Genap setahun menjawat tugasan sebagai Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berjaya melaksanakan dasar ekonomi digital negeri dalam usaha melonjakkan ekonomi setempat.

Abang Johari berharap dalam jangka masa panjang, beliau dapat melonjakkan ekonomi Sarawak ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau berkata berikutan pelaksanaan dasar tersebut, beliau akhirnya berjaya melaksanakan infrastruktur digital dan menubuhkan institusi kewangan negeri menerusi Bank Pembangunan Sarawak (DBOS).

Ketua menteri itu ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali Cawangan-Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 3, iaitu Serembu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup dan Bukit Semunja di sini hari ini.

Katanya di samping itu, Yayasan Sarawak turut menambah biaya biasiswa dan memberi pinjaman pendidikan bagi membolehkan ramai anak negeri melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi dalam jurusan baharu, khususnya dalam bidang siber dan teknologi.

Selain daripada itu, katanya kerajaan juga meluluskan pembinaan Jambatan Kamena di Bintulu, Jambatan Spaoh di Betong dan Jambatan Marudi .

Dari segi pembangunan pertanian, Abang Johari berkata tanah subur serta kemudahan infrastruktur di kawasan kaum Bidayuh di bahagian Kuching dan Serian akan dibangunkan sebagai zon pengeluaran makanan.

ā€œRamai anak Bidayuh yang memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang di samping pemimpinnya yang bersatu padu,ā€ katanya.


Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata masyarakat Bidayuh yang sentiasa mahu bekerjasama dengan kerajaan bagi mencapai kemajuan, memiliki banyak kelebihan untuk muncul sebagai kaum yang maju menjelang 2030.

Mengenai perjuangan partinya, Abang Johari yang juga presiden parti berkata PBB yang sentiasa menekankan perpaduan kini semakin kuat.

Katanya, pemimpin terdahulu bermula daripada Tun Abdul Rahman Yaakub, menekankan perpaduan dalam parti manakala Tun Abdul Taib Mahmud mahu masyarakat Bidayuh bersatu bawah satu bumbung dan menubuhkan Forum Bidayuh untuk membawa kaum itu ke dalam arus perdana pembangunan.

ā€œPBB adalah sebuah parti yang dinamik dan berani melakukan perubahan mengikut edaran masa,ā€ katanya. – BERNAMA

Kategori