Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Despacito Versi Arab Sentuh...

JIKA lirik lagu Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Justin Bieber dikecam kerana mengandungi mesej-mesej...

Rezeki Banjir: Ikan Puyu,...

KANGAR - Banjir yang melanda Perlis sejak 21 September lepas selain menyebabkan banyak...

Awal Ashaari Sering Guna...

PELAKON dan pengacara popular, Awal Ashaari mendedahkan dia kini dalam proses mendapatkan seorang...

Warga Emas Maut Dirempuh...

TAIPING - Seorang pekerja pembersihan warga emas maut apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh...

Abang Johari Tampil Banyak Inisiatif Terus Dasar Adenan

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg berjaya menampilkan banyak inisiatif baharu dalam agenda pembangunan negeri di samping meneruskan segala dasar dan janji-janji yang diberikan oleh ketua menteri sebelumnya Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, dalam tempoh setahun kepimpinannya.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Seri Fadillah Yusof berkata segala pendekatan yang dibawa oleh Ketua Menteri Sarawak keenam itu diyakini mampu membawa Sarawak melangkah lebih jauh ke arah menjadi sebuah negeri yang maju dan berjaya di Malaysia.

Beliau memberi contoh agenda ekonomi digital yang diperjuangkan oleh Abang Johari bagi memacu kemajuan negeri yang menurutnya mendapat sambutan baik khususnya dalam kalangan golongan muda, yang turut diperakui ramai sebagai strategi ekonomi masa depan.

“Pemuda BN Sarawak dengan ini mengulangi ikrar akan terus memberi sokongan padu dan membantu Ketua Menteri dalam menjadikan Sarawak sebagai tempat yang baik untuk semua,” kata Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abang Johari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keenam pada 13 Jan tahun lepas menggantikan Allahyarham Adenan yang meninggal dunia dua hari sebelumnya di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak akibat komplikasi jantung. – BERNAMA

Kategori