Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Impian Azian Musnah, 6...

IMPIAN Azian Mazwan Sapuwan untuk mara ke pertandingan akhir Gegarvaganza musim kedua (GV2)...

Gambar: Majlis Kristianisasi Bayi...

ANAK kedua Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton iaitu...

“PKP Sambung Atau Tak,...

"SAYA pun tidak tahu lagi, kita tunggulah kerajaan akan mengumumkan."Itu komen ringkas Menteri...

Litrak, Sprint Holdings Setuju...

KUALA LUMPUR – Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn. Bhd. (Sprint Holdings)...

Abbas Minta EU Iktiraf Negara Palestin

BRUSSELS – Pemimpin Palestin, Mahmud Abbas meminta Kesatuan Eropah (EU) untuk secara rasminya mengiktiraf negara Palestin apabila beliau bertemu dengan menteri luar dari blok itu hari ini, kata seorang pegawai kanan semalam.

Menteri Luar Palestin, Riad al-Malki berkata, Abbas akan memberitahu EU, mereka wajar mengambil langkah itu ‘sebagai satu cara maklum balas’ ke atas keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Abbas juga akan ‘mengulangi komitmennya terhadap proses damai’ di Asia Barat, kata Malki dalam satu wawancara dengan AFP di Brussels.

“Memandangkan keputusan Trump mengubah peraturan permainan, beliau (Abbas) menjangkakan menteri-menteri luar Eropah akan tampil ke depan dan secara kolektif mengiktiraf negara Palestin sebagai satu cara tindak balas terhadap keputusan Trump,” kata Malki.

“Jika orang Eropah mahu menjadi pemain, maka mereka harus adil terhadap kedua-dua belah pihak dan ia harus bermula dengan pengiktirafan negara Palestin.”


Abbas akan bertemu dengan ketua diplomatik EU, Federica Mogherini dan 28 menteri luar negara blok itu hari ini dalam satu pertemuan sampingan selepas persidangan bulanan mereka.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melakukan kunjungan serupa bulan lalu. – AFP/BH ONLINE

Kategori