Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tuntutan Palsu: Pengurus Syarikat...

JOHOR BAHRU — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus di...

Seludup Puluhan Haiwan Dalam...

JAKARTA - Seorang lelaki warga Arab Saudi ditahan selepas cuba menyeludup keluar puluhan...

46,461 Calon UPKK 2016...

PUTRAJAYA - Seramai 46,461 atau 23.9 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas...

Ibu Belanja RM100,000 Untuk...

SEORANG ibu telah memberikan kejutan kepada anak lelakinya menjelang majlis tari menari dengan...

Abu Hassan Din Dilarang Ceramah Agama Di Johor

JOHOR BAHRU – Tokoh agamawan tanah air, Datuk Abu Hassan Din dilarang untuk menyampaikan sebarang ceramah agama di seluruh Johor atas arahan daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

Menurut laporan yang disiarkan portal propembangkang Free Malaysia Today, adik kepada Allahyarham Datuk Dr. Haron Din, mantan Mursyidul Am PAS itu hanya mengetahui larangan tersebut sebaik sahaja beliau tiba di Johor.

Insiden dilaporkan berlaku pada Sabtu baru-baru ini apabila beliau yang sepatutnya hadir terlibat dalam program ceramah selama dua hari di Pontian dan dua hari berikutnya di Muar itu tiba-tiba dibatalkan oleh pihak penganjur.

Bekas pegawai agama Istana Negara itu bagaimanapun terpaksa akur dengan arahan larangan yang dikeluarkan oleh pihak MAIJ tersebut meskipun beliau hanya dimaklumkan mengenai perkara berkenaan pada saat-saat akhir.

Malahan Abu Hassan, 71, tetap reda dan tenang sejurus menerima keputusan aneh tersebut meskipun beliau sedikit terkilan kerana pihak MAIJ masih belum lagi memberi sebarang alasan terperinci berhubung larangan berkenaan.

Beliau berkata, “Pihak penganjur ceramah juga cuba mendapatkan pengesahan secara rasmi, cuma mereka tidak tahu apakah sebab larangan. Saya juga sedikit terkilan kerana tidak pun tahu sebab-sebab kenapakah saya dilarang.”

Pendakwah terkenal dari Perlis itu juga memaklumkan bahawa programnya di Johor pada minggu depan turut akan dibatalkan kerana tidak memperoleh surat tauliah kebenaran untuk menyampaikan dakwah daripada pihak MAIJ.


Abu Hassan yang aktif melalui pentas dakwah seperti Forum Perdana Ehwal Islam terbitan stesen RTM dan terkenal sebagai Ikon Astro Oasis, pada awal tahun lepas pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara.

Beliau pernah menerima anugerah tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan pada 2010 daripada Timbalan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada majlis sambutan di Masjid Putra, Putrajaya.

Pada awal 2016, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut dilarang berceramah di Johor, malahan tahun lalu, Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan pendakwah Ustaz Haslin Baharim ‘Bollywood’ juga menerima nasib serupa.

Larangan dikeluarkan ekoran tindakan sama dikenakan Kementerian Dalam Negeri Singapura sebelum itu ekoran pandangan mereka konon boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video bawah sekadar hiasan…

Kategori