Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

900 Stesen Shell Terjejas...

PETALING JAYA - Gangguan komputer pada sistem pemantauan berpusat Shell Malaysia melumpuhkan operasi...

Hamzah Ibrahim Ganti Mohamad...

KOTA SAMARAHAN: Timbalan Ketua Cawangan PBB Muara Tuang, Datuk Hamzah Ibrahim disebut-sebut sebagai...

4 Nelayan Indonesia Ditahan...

GEORGE TOWN - Empat nelayan rakyat Indonesia ditahan di 36.3 batu nautika barat...

Gambar Sivarasa Dipijak Berjemaah...

KUALA LUMPUR - "Kita sudah muak dan mual mendengar ucapan maaf oleh pihak...

Aiman Tino Nafi Dakwaan Sudah Lupa Diri

BARU setahun jagung, penyanyi Aiman Tino dikatakan sudah mula berlagak ala divo!

Namun, dakwaan itu disangkal sekeras-kerasnya oleh penyanyi berusia 19 tahun itu dan menganggap ada pihak cuba menjatuhkan reputasinya.

Kata penyanyi Ku Rela Dibenci ini, dia sudah lali dan enggan membesarkan isu remeh seperti itu kerana berita itu tidak benar sama sekali.

“Lumrah manusia ada yang suka dan sebaliknya. Ini bukanlah kali pertama cerita-cerita yang tidak enak didengar dilontarkan kepada saya.

“Bagi saya, jika apa dikatakan itu benar, pasti ada datang bersemuka dan berbincang secara peribadi. Bagaimanapun, tidak ada pun berbuat demikian,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Aiman lagi, dia tidak pernah berubah sedikitpun sejak bergelar penyanyi popular dan meinta agar mana-mana pihak yang ada terasa hati dengannya agar tampil ke hadapan.


“Saya masih sama tidak pernah berubah. Lagipun perangai negatif ini tidak akan membawa saya ke mana mana pun.

“Bagi saya kalau ada yang tidak puas hati atau anggap saya poyo dan besar kepala lebih baik jumpa saya secara berdepan. Barulah tahu saya seorang yang ‘gila-gila’,” katanya.

Terdahulu timbul gosip mengatakan Aiman semakin besar kepala dan tidak berdisiplin selepas perjalanan kariernya memuncak apabila lagu nyanyiannya mencatat nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai lagu paling banyak ditonton di laman YouTube. – MYNEWSHUB.CC

Kategori