Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Perjanjian Nuklear Beri Tanda...

KUALA LUMPUR - Perjanjian nuklear yang ditandatangani antara Iran dan Negara 5+1 (Amerika...

4 Bot Barter Trade...

BATU PAHAT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat bot ‘barter trade’...

Gambar Bogel Di Kota...

China - Beberapa keping gambar bogel yang dirakamkan di Kota Larangan di sini...

VIDEO: Comelnya Panda Bergusti...

COMEL sungguh melihatkan keletah manja dua ekor panda yang 'mengerjakan' penjaga sebab tak mau...

Air Biru Puncanya Operasi Kilang Cuci Plastik Terpakai

SEREMBAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengarahkan sebuah kilang kitar semula di kawasan perindustrian ringan Senawang di sini memberhentikan kerja-kerja pencucian plastik terpakai serta-merta setelah masyarakat setempat gempar dengan ‘fenomena air biru’.

Pengarah JAS Negeri Sembilan, Norhazni Mat Sari berkata notis arahan itu dikeluarkan semalam, selepas pemeriksaan dilakukan pihaknya setelah mendapat aduan awam pada pukul 1.15 tengah hari, hari yang sama.

“Siasatan kami mendapati air biru itu terjadi akibat daripada kerja-kerja pencucian plastik terpakai yang dicemari dengan bahan pewarna. Kita telah arahkan kilang terbabit menghentikan operasi pencucian itu dan tidak lagi menerima plastik yang telah dicemari dengan bahan pewarna.

“Kilang terbabit juga telah kita arahkan supaya menyedut semula air biru itu dan proses berkenaan telah pun selesai pagi tadi dan keadaan sungai kini kembali seperti sediakala,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kejadian air biru di kawasan perumahan Taman Tuanku Jaafar (TTJ), Senawang dekat sini yang tular di media sosial semalam.

Mengulas lanjut, Norhazni berkata fenomena air biru itu dikesan bermula daripada saluran longkang di kilang terbabit dan kemudiannya mengalir ke kawasan perumahan TTJ, seterusnya ke Sungai Simin, di sini.


“JAS juga membuat pengukuran ‘in situ’ dan mendapati tahap bacaan pH adalah neutral dan tidak berbahaya kepada masyarakat setempat. Pun begitu, kita juga mengambil sampel air biru itu untuk dianalisa kandungan sebenarnya,” katanya. – BERNAMA

*Video bawah sekadar hiasan…

Kategori