Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jumlah Kutipan PTPTN Sehingga...

KUALA LUMPUR - Jumlah kutipan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional...

Lady Gaga Dedahkan Pernah...

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Lady Gaga atau nama sebenarnya, Stefani Joanne Angelina...

Air Pasang Besar Di...

SHAH ALAM - Tiada kawasan di sekitar Klang dilanda banjir berikutan fenomena air...

Video: Tangki Penapisan Minyak...

SEREMBAN - Sebuah unit tangki penapisan minyak milik Petron di Port Dickson terbakar...

AirAsia Taja Pasukan E-sukan Dota Mineski Pro Team

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia meneroka ke segmen e-sukan dengan menjadi penaja khas dan rakan kongsi syarikat penerbangan eksklusif kepada Mineski Pro Team, pasukan utama Dota 2 di Asean.

Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Spencer Lee berkata AirAsia komited untuk menyokong bakat-bakat hebat rantau ini dan sebagai syarikat penerbangan digital, syarikat teruja untuk menaja juara e-sukan, Mineski Team Pro.

“Penajaan ini juga mengukuhkan komitmen kami untuk melibatkan generasi milenial dan Generasi Z, yang melambangkan potensi luar biasa yang dimiliki Asean,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mineski Pro Team kini menduduki tempat kelima dalam Litar Pro Dota dengan 810 mata kelayakan ke The International 2018.

Dota 2 adalah permainan video pelbagai pemain dalam talian yang dimajukan dan diterbitkan oleh Valve Corporation.


Pasukan yang dianggotai lima pemain itu terdiri daripada warga Malaysia, Chai “Mushi” Yee Fung dan Kam “NaNa” Boon Seng, warga Singapura Daryl Koh “iceiceice” Pei Xiang, warga Thailand Anucha “Jabz” Jirawong dan warga Filipina Michael “ninjaboogie” Ross Jr.

Penajaan setahun oleh syarikat penerbangan itu diumumkan pada sidang akhbar yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, Resorts World Genting di luar acara ESL One Genting 2018. – BERNAMA

Kategori