Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Akta 258 Perlu Pindaan...

PUTRAJAYA – Akta 258 yang membenarkan penubuhan yayasan untuk membantu golongan kurang bernasib...

Laksana Inisiatif Tarik Umat...

KANGAR - Raja Perlis Tuanku, Syed Sirajuddin Putra Jamalullail meminta jawatankuasa pengurusan masjid...

3 NGO Buat Laporan...

KUALA LUMPUR - Tiga badan bukan kerajaan (NGO) membuat tiga laporan polis terhadap...

KSN Dipilih Ikon Membaca...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dipilih sebagai Ikon...

Ajal Bapa Lepas Selamatkan Anak Dalam Kebakaran

DEMI menyelamatkan anak bongsunya dalam kejadian kebakaran, seorang bapa sanggup meredah api hingga meragut nyawanya sendiri.

Mangsa yang merupakan Timbalan Cawangan UMNO Kuala Ibai, Ahmad Fakhrurazi Shafie, 45, ditemui dalam keadaan yang tidak sedarkan diri sambil berpelukan dengan anaknya, Muhammad Aqil Harith, 3 dekat halaman rumah pada 8:40 pagi semalam.

Menurut saksi yang juga anak saudaranya, Ahmad Syahir Azizi Ahmad Zulfa, 18, memberitahu bahawa ketika kejadian, dia melihat kepulan asap di rumah neneknya yang terletak hanya bersebelahan dengan rumahnya sahaja.

“Pada mulanya saya ingatkan ada orang membakar sampah sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan kecil dan cermin pecah dari rumah bapa saudara, beberapa minit kemudian.

“Saya bergegas keluar melihat apa yang berlaku dan ternampak bapa saudara terbaring di halaman rumah sambil memeluk anak bongsunya di dada,” katnya dipetik daripada Harian Metro.

Dia turut cuba untuk menyedarkan bapa saudaranya namun tiada tindas balas yang diberikan kerana wajahnya sudah pucat lesi.

Anak bongsunya yang berada dalam pelukan itu hanya mampu menangis dan mujur dia tidak mengalami sebarang kcederaan.

Mangsa turut disahkan telah meninggal dunia sebaik sahaja pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian.


Dalam masa yang sama, ketika kejadian isteri mangsa, Tengku Mastura Tengku Ahmad, 30-an, sedang bekerja dan tiga lagi anaknya sedang berada di sekolah.

Tambah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor, pihak bomba telah menerima panggilan keemasan pada pukul 8:45 pagi sebelum seramai 18 anggota bersama dua jentera telah dkejarkan ke lokasi kejadian.

Sampai sahaja pasukan penyelamat di tempat kejadian, api sedang marak dan menjilat rumah tersebut apabila pasukan penyelamat tiba dan mangsa sudahpun terbaring di luar rumah serta disahkan telah meninggal dunia.

“Kita mengambil masa selama 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.

Namun, apa yang lebih memilukan ialah sehari sebelum kejadian kebakarna itu, mangsa ada memuat naik satu status mengenai catatan kematian di Facebook miliknya pada pukul 7:22 pagi sebelum kejadian hitam itu berlaku.

Setelah kejadian itu diketahui oleh umum, ramai netizen mengucapkan takziah di posting berkenaan dan tersentuh dengan kejadian yang berlaku.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gong Pauh, Kuala Ibai pada pukul 6 petang semalam. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori