Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pengantin Dilarang Memasuki Masjidil...

RIYADH - Polis Arab Saudi bertindak pantas menghalang sepasang pengantin tempatan daripada cuba...

Zain Saidin Dilamar Jadi...

ORANG kata, anak itu pembawa rezeki.Mungkin itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan perjalanan...

Azharina Terkejut Rakan Hadiah...

PENYANYI yang popular dengan lagu Elegi Sepi, Azharina Azhar terkejut besar apabila sebuah...

Wanita Sarat Mengandung Mati...

PATTANI - Seorang wanita yang mengandung sembilan bulan mati manakala rakannya parah akibat...

Akademi Badminton Malaysia Perlu Lebih Sistematik

KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mahu pengurusan Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara lebih sistematik dan terurus dalam melahirkan lebih ramai juara dunia dalam sukan itu.

Rosmah yang juga penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata bagi tujuan itu tenaga pengajar di akademi tersebut disaran menjalankan kajian komprehensif dalam mengenal pasti kekurangan dan memperbaiki teknik permainan pemain untuk menjadi juara dunia.

“Saya tengok tahap badminton di negara-negara lain telah meningkat. Itu salah satu perkara yang harus kita selidik dan membuat kajian mengapa mereka boleh menaik taraf dan bagaimana cara pemain badminton mereka sehingga boleh jadi juara.

“Sebab itu melalui akademi ini, saya lihat kita ada potensi untuk meletakkan pemain kita ditahap terbaik dunia semula seperti sedia kala. Apa yang mustahak bukan akademi sebaliknya pemain mempunyai hati untuk menjadi juara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Liga Remaja Kebangsaan AirAsia BAM 2017 di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Rosmah mahu ibu bapa memberi dorongan sepenuhnya kepada anak-anak untuk menjadi yang terbaik dalam setiap aktiviti yang diceburi.


Katanya usaha itu dapat membantu melahirkan lebih ramai generasi berguna dalam pelbagai bidang sekali gus membantu mengangkat nama Malaysia di mata dunia.

Pada majlis itu, Rosmah turut melancarkan lagu rasmi BAM bertajuk ‘We are the champion’ hasil ciptaan Datuk Wah Idris dan lirik oleh Presiden BAM Datuk Seri Norza Zakaria. – BERNAMA

Kategori