Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Projek Forest City Tidak...

Yang gagal itu adalah jiwa Mahathir

Kerajaan Komited Pastikan Ekonomi...

NEW YORK - Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan komited...

Syarikat Perumahan Perlu Serius...

LUMUT - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta semua...

Geram Punya Pasal, Pekerja...

BERANG sering dimarahi majikan, seorang pekerja kedai runcit bertindak di luar dugaan apabila...

“Akhirnya, Jumpa Juga Insan Yang Bantu Saya”

BARU-BARU ini, status Facebook (FB) seorang wanita yang ingin menjejaki individu yang membantu menolak keretanya ketika hujan lebat telah menjadi tular sehingga menerima respon yang pelbagai daripada pengguna media sosial.

Wanita terbabit, Azlina Othman, 33, mengatakan dia begitu terhutang nyawa dengan lelaki itu kerana sanggup berbasah lecun membantunya ketika kereta dipandu terhenti di lorong kanan Jalan Batu 17 berhadapan Masjid Baru Padang Perahu, Jitra, Kedah.

Malah, wanita itu nekad mahu membalas budi dengan meminta mana-mana pihak yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki tersebut agar segera menghubunginya.


Pun begitu, niat baik wanita itu telah disalah erti masyarakat sekeliling di mana segelintir pengguna media sosial menuduhnya sengaja mahu menggatal.

Tidak ambil pusing dengan tuduhan itu, Azlina terus giat mencari individu terbabit sehinggalah dia akhirnya berjaya mengesan lelaki terbabit yang dikenali sebagai Kamalruzaman Ahmad, 43.

Difahamkan, dia menerima panggilan daripada seorang wanita yang enggan dikenali memberitahu tempat Kamarulzaman bekerja iaitu di kedai buku di Pekan Jitra.

Azlina mengatakan dia pada mulanya ragu-ragu untuk bertemu dengan insan yang membantunya itu, namun dia tetap nekad dan terus menjejak ke kedai buku berkenaan pada tengah hari semalam.

“Sewaktu bertemu dengannya, dia memberitahu ada terbaca kisah saya tular di laman sosial namun dia tidak mengesyaki apa-apa kerana kejadian itu bukan di Batu 17 seperti yang saya nyatakan, sebaliknya di Padang Perahu, Jitra.

“Apabila saya beritahu yang dia adalah orang yang saya cari, dia hanya senyum dan saya kemudian mengotakan janji dengan memberinya wang sagu hati sebagai ganjaran kerana membantu saya tempoh hari,” katanya memetik portal Harian Metro.

Azlina yang juga merupakan seorang ibu tunggal kepada anak lelaki berusia lapan tahun, mengatakan begitu terhutang budi dengan lelaki itu kerana sanggup berpatah balik membantunya dalam keadaan hujan lebat semata-mata untuk menolak Perodua Kancil miliknya yang rosak.


Ketika itu keretanya berada di tengah jalan di belakang treler dan sebaik menyedari kehadiran motosikal dinaiki Kamalruzaman, dia terus menahan motosikal itu.

“Saya tak sangka dia sanggup berpatah balik, betapa besarnya pengorbanannya ketika itu walaupun dia langsung tak kenal saya.

“Selepas bertemunya hampir 20 minit, saya sudah cukup puas hati dan dia beritahu pada saya yang dia mempunyai isteri dan empat orang anak,” katanya.

Sementara itu, Azliza mengatakan sejak kisahnya mendapat perhatian, ramai yang cuba menghubunginya termasuk menghantar pesanan melalui WhatsApp dan memberi laporan palsu selain meminta ganjaran yang dijanjikan untuk memberi maklumat mengenai lelaki itu.

Katanya, semua maklumat yang diberikan itu tidak tepat menyebabkan dia hampir berputus asa sehinggalah dia menerima panggilan daripada wanita itu, semalam.

“Tanpa fikir panjang, saya terus mencari orang yang sangat mulia itu dan dari riak wajahnya, dia seorang yang sangat baik dan lurus,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori