Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Hafiz Hamidun, Joy Revfa...

SELEPAS melalui pelbagai kemelut dan kontroversi, Joy Revfa akhirnya bercerai talak satu dengan...

Lompat Pagar SPRM: Alvin...

KUALA LUMPUR - Alvin Goh, suspek sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang...

Tun Abdullah Pemimpin Terbaik,...

KEPALA BATAS - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari...

Tuah Tangkap Udang Kara...

Maine (Amerika Syarikat) - Dua penangkap udang membuat tangkapan luar biasa apabila menjerat...

Aktivis Pembangkang Hina Al-Quran Kitab ‘Ciplak’

BIADAB… Tular menerusi media sosial tempatan apabila seorang aktivis pembangkang terkenal, Clement Chin dengan angkuh mendakwa konon al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak.

Pengasas bersama Himpunan Hijau Anti-Lynas yang disokong DAP dengan nada kurang ajar menuduh 70% isi kandungan kitab suci itu dicedok daripada cerita lama yang ada sebelum kewujudan ajaran Islam itu sendiri.

Tuduhan tidak bertanggungjawab itu antara sebahagian daripada kenyataan celupar Clement yang mengandungi sentimen negatif terhadap agama Islam yang kerap beliau hasilkan menerusi aplikasi media sosialnya, Facebook.

Beliau dipetik portal hal ehwal Islam tempatan Menara.my berkata, “Mengapa kamu membaca kitab cetak rompak? Kandungan al-Quran itu adalah 70% daripada cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang kemudian ditiru.”

Clement yang pernah terlibat dalam aktiviti pengedaran haram kitab Bible dalam laci beberapa hotel sewaktu berkhidmat dengan Gideon International di Kuantan, Pahang ini juga menuduh al-Quran telah diubah berkali-kali.

Ia konon dipinda dalam tempoh ratusan tahun ini hanya untuk menjadikannya bermelodi dan mudah bagi dihafal. Dakwa Clement “Tahukah kamu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 26 versi teks al-Quran di seluruh dunia?

“Al-Quran pada hari ini telah banyak kali diedit, disunting, dipadam dan ditulis semula selama berkurun-berkurun ini bagi menjadikan teks bacaannya lebih indah ‘bermelodi’ dan mudah untuk dihafal oleh umat Islam,”

Clement dikenali berulang kali sebagai pejuang tegar hak penganut Kristian di Malaysia untuk bebas seperti umat Islam menggunakan kalimah Allah bagi kegunaan agama mereka dan menuduh Nabi Muhammad SAW sesat.

Ini kerana konon Rasulullah SAW sengaja menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan — yang disifatkan beliau sebagai perkataan berasal daripada sembahan masyarakat pagan kota suci Makkah sebelum kemunculan agama Islam.

Tegasnya, “Kristian wujud di tanah Arab selama lebih 400 tahun sebelum kelahiran Muhammad. Jika Muhammad jujur dengan agamanya, sekurang-kurangnya dia patut tahu nama sebenar Jesus dalam bahasa Arab ialah Yasu.

“Dia (Muhammad) patut tahu nama sebenar Tuhan ialah Yahwah dalam Hebrew dan Ilah dalam bahasa Arab serta Elah dalam Aramaik kerana masyarakat awal Kristian Arab tidak pernah gelar Tuhan mereka sebagai Allah.

“Perkataan Allah itu datang daripada asal kepercayaan pagan masyarakat tempatan Makkah di mana ayah Muhammad sendiri iaitu bernama ‘Abd-Allah’ merupakan seorang penyembah berhala yang tegar.”


Clement yang juga aktif dalam perhimpunan haram Bersih propembangkang itu juga menuduh umat Islam sedang memuliakan syiar Dewa Bulan Hubal sebagai tanda betapa makbulnya doa pagan Abu Sufyan ketika perang Badar.

Ia konon berlaku sewaktu kaum musyrikin Makkah mahu menentang umat Islam di Madinah. Beliau dengan biadab berkata, “Adakah dewa bulan Hubal tidak lagi lebih tinggi. Adakah Islam sepenuhnya bebas dari pengaruh bulan?

“Perhatikan dengan dekat kepada masjid seluruh dunia, dan kamu tentu dapat menjumpai simbol Hubal, iaitu bulan sabit, diletakkan di bahagian paling tinggi di masjid. Mungkin ia bukan usaha secara sengaja untuk sembah Hubal.

“Namun, apa yang menariknya, melalui perkembagan pesat agama Islam, doa penganut kepercayaan pagan daripada musuh Muhammad sendiri iaitu Abu Sufyan telah dimakbulkan tuhan, ‘O Hubal, meninggilah!’.”

Aktivis Kristian ini juga dengan sombong menuduh negara Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia sebagai bermasalah kerana tidak memberi hak untuk mengkritik agama Islam, kitab suci al-Quran dan Nabi Muhammad.

Clement mendakwa, “Salah satu masalah yang dihadapi oleh negara-negara Muslim pada hari ini adalah kegagalan mereka untuk menguruskan hak asasi manusia, kerana Islam tidak mengiktiraf hak sama rata bagi kaum wanita.

“Juga nasib etnik minoriti dan hak untuk kebebasan beragama, atau hak untuk mengkritik ajaran Islam, al-Quran, atau Muhammad. Di mana Islam itu berkuasa, hak asasi manusia akan disekat atas nama ideologi agama.”

Perkongsian Clement itu mencetuskan kritikan ramai netizen Muslim di seluruh negara kerana ia bukan sahaja kurang ajar malah banyak fakta dikemukakannya itu salah dan jelas berniat jahat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video hiasan suasana peserta himpunan haram Bersih bersorak hina azan dilaungkan dari Masjid Negara…

Kategori