Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Doping: Tunggu Jawapan Atlet...

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Perubatan dan Antidoping Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017)...

Yakin Mampu Sumbang Emas...

LANGKAWI - Pelayar negara, Ahmad Latif Khan yakin mampu menyumbang kilauan emas buat...

IPT Diminta Ambil Tindakan...

GEORGETOWN - Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diminta menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap...

Kren Tumbang, 40,000 Pengguna...

PETALING JAYA – Lebih 40,000 pengguna perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membabitkan...

Aktor Hollywood Nafikan Lakukan Gangguan Seksual

LOS ANGELES – Aktor terkenal Michael Douglas didakwa melakukan gangguan seksual ke atas seorang bekas pekerja, namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh pemenang Oscar itu.

Douglas ialah personaliti terkenal terbaharu didakwa terbabit dengan salah laku berkenaan selepas pendedahan siri gangguan seksual oleh penerbit terkemuka Harvey Weinstein tahun lalu.

Penulis Susan Braudy dalam satu wawancara bersama NBC News berkata, Douglas merasakan beliau adalah raja di dunia ini dan berhak menghina beliau tanpa rasa bersalah.

Braudy mendakwa Douglas sering mengeluarkan kata-kata berbaur seksual dan membuat ulasan terperinci mengenai bentuk badannya sepanjang tiga tahun beliau berkhidmat di pejabat Stonebridge Productions milik aktor itu di New York, pada 1980an.

Menurut Braudy, penderaan seksual oleh aktor itu mencapai kemuncak pada 1989 ketika sedang bertugas di pangsapuri beliau selepas nama pelakon itu menjadi terkenal hasil lakonan mantap di dalam filem pecah panggung seperti ‘Fatal Attraction’ dan ‘Wall Street’.

“Douglas duduk di atas lantai, membuka tali pinggangnya dan memasukkan tangan di dalam seluar.


“Saya dapat melihat dengan jelas apa yang sedang dilakukan. Beliau sedang memuaskan nafsunya sendiri dan saya menjadi sangat takut,” kata Braudy kepada NBC.

Braudy, yang menghasilkan dua buku bukan fiksyen berkata, insiden terbabit diceritakan kepada beberapa rakannya dan beliau digesa untuk berdiam diri. – AFP/BH ONLINE

Kategori