Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Arvidsson Kekal Pendahulu Golf...

LABUAN – Pemain Sweden, Oscar Arvidsson mencatatkan kelebihan tiga pukulan untuk mengekalkan kedudukan...

Kumpulan Zero Mohon Maaf...

MENYEDARI kesilapan mereka pada minggu pertama pentas Maharaja Lawak Mega (MLM 2017), kumpulan...

6 Lagi Kematian Akibat...

PUTRAJAYA - Enam lagi kematian membabitkan pesakit COVID-19 dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif...

Syed Mohammad Syafiq Mahu...

KUALA LUMPUR - Pemain hoki kebangsaan, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan mahu memastikan...

Alam Sekitar Perlu Terus Dipelihara – LHDN

KOTA KINABALU – Alam sekitar sama penting seperti sistem percukaian yang mesti terus dipelihara demi kelestarian dan kemakmuran negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah berkata, kedua-dua perkara itu sama penting untuk generasi demi masa depan.

“Sama seperti sistem percukaian, alam sekitar juga merupakan aset komuniti yang perlu dipelihara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah.

Sehubungan itu, kata beliau, seramai 200 kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyertai kerja-kerja membersihkan kawasan Pantai Tanjung Lipat hari ini.

Menurut beliau, kerja-kerja membersihkan kawasan pantai itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial agensi tersebut.

Jelas beliau, program bertemakan “Creating Awareness, Preserving Nature” itu bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.


“Ia juga program tanggungjawab sosial LHDN berskala besar kedua di Sabah. Program pertama menurunkan Peranti Biodiversiti Marin di Pulau Manukan pada tahun 2014,” katanya.

Tambah beliau, program itu menyahut seruan kerajaan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan pendekatan serampang dua mata. – MYNEWSHUB.CC

Kategori