Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

NGO Anjur Debat ‘Kit...

KUALA LUMPUR - Satu perdebatan antara Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar...

Solat Jumaat, Fardu Di...

KUALA LUMPUR - Solat Jumaat dan solat fardu di beberapa negeri yang kini...

Korban Banjir Di Jakarta...

JAKARTA - Korban akibat banjir yang melanda Jakarta sejak Rabu lepas, meningkat kepada...

BN Tidak Terima Calon...

MIRI - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) tidak akan...

Alicia Amin Akui Pernah Cuba Untuk Bunuh Diri

SIAPA sangka, model yang sering tampil dengan imej seksi terlampau, Alicia Amin rupa-rupanya pernah mengalami tekanan perasaan sehingga dimasukkan ke wad psikatri!

Baca: Gambar Bogel Dihentam, Alicia Label Melayu Mundur?

Menurut tuan empunya badan yang bernama Raja Alicia Raja Amin, 22, dia telah berkongsi detik hitam hidupnya itu menerusi posting di akaun Instagram miliknya semalam.

“Saya pernah bangun tidur di wad psikiatri dan terpaksa tinggal di sana selama seminggu kerana saya cuba bunuh diri tapi gagal pada awal 2017. Perkara ni saya tak pernah cakap langsung di mana-mana,” tulisnya.

Alicia dikatakan telah cuba untuk membunuh diri selepas tamat program Asia’s Next Top Model musim kelima namun cubaannya itu telah gagal.

Selain kariernya sebagai model, Alicia juga penah muncul di dalam drama Meh Sandar Lagi bersama-sama dengan pelakon Mira Filzah.

“Ia terjadi selepas tamat penggambaran ASNTM tetapi tidak siapa yang tahu, sebelum saya berpindah ke Melbourne.

“Saya belajar untuk berdiri untuk diri sendiri dan perkara-perkara yang saya percaya akan beri beri inspirasi pada orang lain yang berasa seperti mereka dalam kegelapan,” tulisnya lagi.

Enam bulan selepas kejadian itu, Alicia telah ke Pulau Tenggola di Terengganu bagi menjalani penggambaran fotografi dan dia turut mengakui bahawa tidak mudah untuk merakamkan gambar di bawah air.

Jelas sekali dalam agama Islam sendiri telah ditegahkan perbuatan bunuh diri menerusi surah An-Nisa pada ayat 29-30 yang menyebut perbuatan itu dibenci oleh Allah SWT dan neraka adalah tempat untuk golongan seperti itu.


Selain itu, Alicia turut memberitahu bahawa setiap manusia pasti akan merasai kesukaran dalam hidup namun mereka perlu sentiasa bertahan serta jangan mudah mengalah dengan mudah.

Dengan kepercayaan, kemaafan serta kebaikan yang ada dalam diri, ianya sedikit sebanyak dapat membantu diri sendiri.

“Saya tak boleh janji pada awak yang semuanya akan berjalan seperti awak inginkan, sebab kehidupan ini tidak boleh dijangka.

“Kita semua akan lalui kesukaran yang berlainan, kejahatan berbeza tetapi saya menggesa anda untuk bertahan lebih lama sedikit.

“Biarkan diri anda dengan beberapa kesilapan lagi dan katakan pada semua yang anda boleh, sebelum anda berfikir untuk menyerah. 

“Anda akan terkejut dengan sedikit kepercayaan, kemaafan dan kebaikan akan bantu segalanya menjadi lebih baik,” tulisnya lagi.

Dalam masa yang sama, Alicia sempat berpesan kepada setiap wanita bahawa mereka semua mempunyai hak dalam melakukan setiap perkata dan mereka perlu berbangga dengan apa yang dikurniakan.

“Saya mengalu-alukan 2018 dengan lebih banyak perjalanan, hutan hujan tropika dan lautan – sentiasa perhatikan vlog!

“Saya akan terus memberitahu netizen bahawa setiap wanita mempunyai hak, kita sepatutnya menyukai warna kulit kita yang gelap dan semua orang mempunyai badan yang cantik,” tulisnya.

Juga: Wow! Alicia Amin Tayang Miss V, Wak Doyok Pula Puji

Model tinggi lampai yang mempunyai kacukan Melayu-Jerman-Cina itu, pernah sering dikritik oleh netizen tempatan kerana penampilannya yang mencolok mata serta memiliki tatu di badan.

Baru-baru ini, dia juga telah dikecam hebat oleh netizen kerana dengan tanpa segan silu dia mendedahkan susuk tubuhnya di media sosial serta bagaikan berbangga dengan tatu yang dimilikinya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori