Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Imigresen Kedah Tahan 28...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 28 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

El Nino: Pemuda Umno...

BALING - Tidak seperti kelaziman, Pemuda UMNO Cawangan Bongor Batu 48 mencipta sejarah...

Jumlah Mangsa Banjir P.Pinang...

GEORGE TOWN - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan di...

Naluri Isteri Selamat Warga...

KUANTAN - Naluri seorang isteri menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM30,000 untuk...

Amaran Gunung Berapi Mayon Filipina Dinaikkan

MANILA – Tahap amaran gunung berapi Mayon di Filipina dinaikkan daripada tiga kepada empat yang bermaksud kemungkinan “letusan berbahaya akan berlaku”, lapor agensi berita Xinhua.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) berkata, tahap amaran dinaikkan beberapa minit selepas gunung berapi itu tiba-tiba memuntahkan lahar pada sebelah tengah hari.

Terdahulu laporan Phivolcs pada sebelah pagi mendapati gunung berapi berkenaan mengeluarkan lahar setinggi 500 meter hingga 200 meter, pada pukul 10.45 pagi waktu tempatan pada Ahad dan pada pukul 2.25 pagi Isnin.

Gunung Mayon, satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina serta terkenal dengan keindahan dan simetri yang hampir sempurna

Mempunyai ketinggian 2,462 meter, gunung itu terletak di wilayah Albay di Pulau Luzon kira-kira 300 kilometer di tenggara Manila.


Sementara itu, Gabenor Albay, Al Francis Bichara berkata semua sekolah di seluruh wilayah itu akan ditutup pada 23 Januari. – BERNAMA

Kategori