Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pura-Pura Depan Majikan Sebelum...

ZAMAN sekarang ramai golongan ibu yang berkerjaya terpaksa meninggalkan anak-anak mereka di bawah...

HFMD: Lagi Prasekolah Di...

SEREMBAN - Sebuah lagi prasekolah di Sekolah Kebangsaan Seremban 2A di sini ditutup...

MBPP Tamatkan Khidmat Pengurus...

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menamatkan khidmat syarikat Perkhidmatan Alam...

Cuti Tak Lepas, Isteri...

SEORANG wanita dari Johor telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh orang...

AMK Kecam PAS Bertanding Di Permatang Pauh

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam keputusan PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketuanya yang juga Exco Kerajaan Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa keputusan PAS itu satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menggadaikan cita-cita Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Keputusan PAS untuk bertanding di Permatang Pauh amatlah dikesali. Tindakan ini tidak bertanggunjawab dan menjejaskan kepentingan dan aspirasi rakyat.

“Pertandingan pelbagai penjuru hanya menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional (BN),” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Nik Nazmi menyeru rakyat khususnya penyokong PAS menilai sendiri hala tuju PAS dengan keputusan yang didakwa melanggar hasrat Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof semalam mengumumkan PAS akan meletakkan calon di Parlimen Permatang Pauh pada PRU14.


Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana kawasan berkenaan merupakan kubu kuat PAS sebelum ia dipinjamkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Kerusi Permatang Pauh disandang Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan pernah disandang suaminya yang merupakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – MYNEWSHUB.CC

Kategori