Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Buat ‘U Turn’ Ikut...

MEMBELOK tanpa melihat kiri dan kanan ketika melintas jalan raya pasti mengundang padah dan...

Fitnah Jahat MB Kedah...

SYUKUR Alhamdulillah, akhirnya krisis politik Kedah berakhir dengan perletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz...

Siput Rantai Terdampar Di...

PUTRAJAYA - Fenomena ribuan "kerang" terdampar di Pulau Ketam yang tular di media...

Perniagaan Sosial Mampu Tingkat...

SERDANG - Perniagaan sosial mampu membantu meningkatkan ekonomi sesebuah negeri kerana ia mendorong...

Anak Amuk Pukul Ibu Dengan Pemotong Rumput

HANYA kerana enggan memberikan wang, wanita warga emas cedera di kepala selepas dipukul anak lelakinya di Felda Bukit Sagu 3, Kuantan, Pahang kira-kira 4 petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa iaitu Mea’ah Abd Majid, 65, dikatakan dipukul menggunakan besi pemotong rumput oleh anak lelakinya yang berusia 25 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati suspek mengamuk dan terus memukul ibunya sebelum wanita berkenaan melarikan diri dan meminta bantuan jiran.

“Ekoran itu kepala mangsa mengalami pendarahan yang teruk sebelum pengsan di depan rumah jirannya.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan,” kata Mohamad Noor dalam satu kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu suspek yang bekerja sebagai pemotong rumput melarikan diri sebelum berjaya ditahan pihak polis beberapa jam kemudian.


Difahamkan suspek yang berada di bawah pengaruh dadah ditahan di sekitar daerah ini sebaik kejadian dimaklumkan kepada polis oleh penduduk kampung.

Mohamad Noor berkata, mangsa kini dilaporkan stabil selepas menerima tiga jahitan di kepala dan keterangannya akan diambil untuk membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap orang awam. – myMetro Online

Kategori